Imej via Utusan Malaysia |
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, tindakan itu akan diambil di samping melihat sejauh mana pendekatan di sini dapat membantu SKM di seluruh negara.
Khair berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung selama dua hari di Plaza Merdeka hari ini.
Advertisement
Powered By YuMe
Jelajah Pendidikan KPM yang memasuki lokasi kesembilan itu diadakan bagi memastikan masyarakat mendapat perkhidmatan secara terus dan memperolehi maklumat terkini mengenai pendidikan.
Sebelum itu, Khair turut memberitahu, kementerian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) belum memutuskan berhubung soal pendaftaran sekolah aliran agama persendirian termasuk maahad tahfiz.
Jelasnya, perbincangan itu bagi melihat sama ada akan menyelaraskan pendaftaran sekolah berkenaan di bawah satu kementerian atau mengekalkan kaedah sama yang diguna pakai hari ini.
“Ketika ini sekolah agama dan maahad di bawah bidang kuasa negeri atau lebih tepatnya Majlis Agama Islam negeri namun ada juga cadangan untuk mendaftarkan semua sekolah terbabit di bawah Kementerian Pendidikan.
“Perkara itu sedang dibincangkan dengan Jakim, namun belum ada keputusan muktamad dicapai mengenainya,” ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai isu keselamatan asrama, Khair berkata, tumpuan pihaknya bukan sahaja kepada sekolah agama atau mahaad tahfiz tetapi semua sekolah di seluruh negara.
Sumber: Utusan Online