Update Selepas Anina, Hamidah pula keluar PPBM >> Berita Malay 18

Setiausaha Agung PPBM, Shahruddin Md Salleh berkata, parti itu menghormati keputusan Hamidah Osman dan mengucapkan terima kasih atas sumbangannya kepada parti selama ini.
shahruddin_Hamidah-Osman_ppbm_600
PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM hari ini mengesahkan ia menerima keputusan Datuk Hamidah Osman melepaskan semua jawatannya dan keluar daripada parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh berkata, PPBM menghormati keputusan bekas naib presiden itu dan mengucapkan terima kasih atas sumbangannya kepada parti itu selama ini.
“Kami mendoakan Datuk Hamidah Osman akan terus maju jaya dan memberikan sokongan terhadap perjuangan menolak kebatilan dan menegakkan kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ini adalah pengumuman keluar parti ke-2 buat PPBM hari ini, selepas seorang daripada 7 pengasas PPBM, Anina Saadudin turut berbuat demikian petang tadi.
Anina keluar parti kerana terlalu kecewa dengan pucuk pimpinan PPBM yang didakwa menggunakan cara “kejam” memecat beliau daripada jawatan ketua Wanita PPBM.
Ia disusuli dengan tindakan menyingkirkan beliau sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dengan “menendangnya” daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti itu, minggu lalu.
Khamis lalu, Hamidah menggesa semua pihak berhenti mengaitkan dirinya dengan kenyataan bersifat perkauman yang dibuat adiknya kerana ia boleh menjatuhkan kredibilitinya.
Beliau berkata, peringatan supaya penyokong pembangkang tidak memuji dan membiarkan orang Cina memijak orang Melayu dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, ialah pandangan peribadi Hamizura.
“Hamizura ahli biasa, memang dia adik saya, pandangan dia tidak perlu dikaitkan dengan saya. Jika Hamizura lakukan kesilapan, kesalahan itu dituding kepadanya sahaja.
“Apabila mereka mengaitkan tindakan Hamizura dengan saya, sedangkan saya tidak nyatakan apa-apa, maka tindakan itu menjatuhkan kredibiliti saya,” katanya kepada FMT hari ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :