Lim Kit Siang adalah pengkritik paling lantang terhadap Tun Dr Mahathir ketika Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian berbilion ringgit sekitar awal 90-an lalu.
Malah Lim Kit Siang yang menjadi Ketua Pembangkang padamasa itu pernah menyatakan bahawa kemungkinan BNM mengalami kerugian antara RM16.5 bilion ke RM25.6 bilion. Perkara itu terkandung dalam penyata rasmi (hansard) Parlimen bertarikh 12/04/1994.
Ketika itu juga, Lim Kit Siang telah mengulangi seruannya supaya Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian besar itu. Lim Kit Siang dalam ucapan di Sidang Dewan Rakyat, pada 1994 berkata,
Tugas pertama Suruhanjaya Siasatan DiRaja ialah memastikan sama ada kerugian tukaran wang asing Bank Negara sejak tahun 1992 boleh melebihi RM30 bilion.
Tugas kedua Suruhanjaya Siasatan DiRaja ialah menentukan sama ada terdapat apa-apa kecurangan kewangan dan penyalahgunaan kuasa memandangkan penjelasan tentang kerugian besar tukaran wang asing yang tidak konsisten dan bercanggah, “so many loopholes”, begitu banyak masalah.
Adalah tidak masuk akal bagi Bank Negara menyalahkan kelewatan serahan komputer yang 'sophisticated'.
Kini sudah terbukti kehilangan lebih dari RM32 billion seperti yang dijangka Lim Kit Siang. Ianya juga merupakan angka yang sama dengan apa yang dulu Lim Kit Siang pernah tulis dalam bukunya bertajuk 'The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal' yang memiliki 38 muka surat. Buku ini ditulis oleh Lim Kit Siang pada tahun 1994.
Pada 04/04/2017, Lim Kit Siang telah dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan kes penyelewengan wang forex di Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Sidang panel seramai 7 orang yang diketuai oleh TS Mohd Sidek Hassan telah menemubual Lim Kit Siang dalam anggaran masa 30 minit sahaja. Hanya 30 minit sahaja Lim Kit Siang bercakap pasal forex, lebih pendek berbanding ceramah politik dan tulisan dalam bukunya mengenai forex.
Tapi kini suara-suara Lim Kit Siang tidak selantang dulu. Mungkin sebab beliau sudah bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir yang selalu melaungkan "Melayu Mudah Lupa". Kini wabak mudah lupa ini turut berjangkit pada Kit Siang, selepas wabak berkenaan dialami oleh Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir.