Sekarang semakin jelas bahawa DAP ialah parti dominan dalam Pakatan Harapan dengan Lim Kit Siang sebagai pemimpin de facto yang bijak mengatur percaturan dan mencorakkan penampilan Pakatan Harapan, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Tengku Sariffuddin berkata ia menggunakan strategi Ali Baba dengan meletakkan pemimpin Melayu di barisan hadapan tetapi power broker sebenarnya berada di belakang tabir.
"Bagaimanapun, orang melayu hari ini sudah mula menghidu taktik kotor ini kerana ia menghina kecerdasan mereka.
"Mengapa DAP dan Kit Siang bermain silap mata ini? Ini kerana pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Pakatan mula merosot, mereka memerlukan seorang tokoh Melayu yang baharu di barisan hadapan sebagai topeng," kata Tengku Sariffuddin dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata DAP dan Kit Siang tahu benar bahawa orang Melayu tidak akan menyokong mereka bulat-bulat.
Mereka tidak menaruh kepercayaan kepada pemimpin rakan-rakan dalam Pakatan seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) atau Mohamad Sabu (Amanah), tetapi sebaliknya memilih untuk membentuk pakatan baharu dengan Pengerusi Parti Pribumi Melayu Bersatu (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan mengetahui sepenuhnya bekas perdana menteri itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 dan bahawa partinya hanya mempunyai satu kerusi di parlimen, kata beliau.
Beliau berkata keputusan DAP untuk merestui Mahathir untuk memimpin Pakatan Harapan adalah satu penghinaan kepada PKR dan Amanah.
"DAP dan Kit Siang mengambil keputusan ini berdasarkan pengalaman dan pengaruh Mahathir. Tetapi ini jelas hipokrit kerana parti-parti pembangkang melancarkan gerakan reformasi yang terang-terang menentang Mahathir," katanya.
Tengku Sariffuddin berkata Kit Siang menggunakan musuh lamanya dan orang yang pernah menyebabkan beliau meringkuk dalam tahanan untuk menerajui cabaran DAP di kawasan-kawasan yang menjadi kubu orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Alamak Najib...Surat Derma Itu Bukan Tandatangan Asli] Laskar jihad pulak dah, macam² UMNO ni sejak hilang kuasa! Dulu kutuk PAKATAN, tetiba bila BN dah nak MAMPOS nak guna nama PAKATAN Malaysia? Najib pertahan surat dari 'putera Saudi'. >> Berita Malay 18Isnin, 17 September 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 8 jam ·
Laskar jihad pulak dah. Macam² UMNO ni s… Read More...
Update Program Dwibahasa (DLP) perlu kajian semula kerajaan >> Berita Malay 18
NILAI 16 Sept. - Kerajaan diminta untuk mengkaji semula pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu supaya … Read More...
Update Pakatan Malaysia mungkin ditubuh ganti Pakatan Harapan >> Berita Malay 18
UMNO kata PKR akan keluar PH, wujud blok baru tadbir negara
KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1440H, Isnin – PKR akan keluar daripada Paka… Read More...
Update [Video Nazri membawang Tun M pula] Sesama anjing pon dah pandai berta'wun! Lokman Adam lebih kuat menyalak drpd Zahid Hamidi! Dah meroyan kot? >> Berita Malay 18Isnin, 17 September 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 4 jam ·
Sesama anjing pon dah pandai bert… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/09/update-video-tuntutan-peserta.html">Update [Video Tuntutan Peserta Demonstrasi Hari Malaysia] Aik dah bergaduh pulak!! Sekejap gaduh berebut tulang, sekejap peluk macam biawak? Kah kah kah...Apa lagi agaknya rekaan cerita dongeng Najib sebagai "facebooker tegar" selepas ini? >> Berita Malay 18Isnin, 17 September 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 44 min ·
Sekejap gaduh berebut tulang, s… Read More...