Update Sembunyi penyata kewangan Felda elak bebankan Najib, dakwa Rafizi >> Berita Malay 18

Rafizi Ramli mengunjurkan Felda akan menanggung hutang sebanyak RM12.6 bilion sehingga akhir tahun ini, termasuk RM2.22 bilion hutang baru ekoran pembelian 37% saham PT Eagle High Plantations Tbk, April lalu.
rafizi-najibKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kerajaan Barisan Nasional menyembunyikan penyata kewangan tahunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mengelakkan ia menjadi beban politik Datuk Seri Najib Razak.
Naib presiden PKR itu menyamakan tindakan tidak menyerahkan penyata kewangan Felda berakhir 31 Disember 2015 dan 2016 di Dewan Rakyat dengan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1MDB.
“Sama seperti 1MDB, sekarang ia seolah-olah sudah menjadi satu trend dan helah daripada menjadi beban politik Najib.
“Najib cuba melengah-lengahkan laporan kewangan Felda daripada dibentangkan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Invoke, hari ini.
Walaupun tidak terikat kepada undang-undang untuk mengumumkan laporan kewangan tahunan mereka, tetapi Felda perlu menyerahkan laporan itu kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Ini kerana, kata Rafizi, Felda tidak menggunakan dana awam, sebaliknya wang sendiri untuk beroperasi.
“Mereka lupa kami akauntan dan akan gunakan maklumat yang ada untuk membuat unjuran. Walaupun akan lari sedikit, tetapi tidak lari jauh sangat,” kata bekas setiausaha agung PKR itu.
Rafizi mengunjurkan Felda akan menanggung hutang sebanyak RM12.6 bilion sehingga akhir tahun ini, termasuk RM2.22 bilion hutang baru ekoran pembelian 37% saham syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk daripada Rajawali Group, April lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :