Kenyataan dibuat pemimpin Pemuda PAS mengenai Pakatan Harapan (HARAPAN) menunjukkan pergerakan itu kini panik apabila mereka dipinggirkan rakyat, kata seorang pemimpin PKR.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan kecenderungan pemimpin PAS cuba bekerjasama - sama ada secara langsung atau tidak - dengan rejim yang ada, rakyat tidak lagi menyokong mereka.
"Kepimpinan PAS sekarang mula nampak strategi yang mereka gunakan memakan diri sendiri," katanya kepada Malaysiakini.
Saifuddin mengulas dakwaan dibuat Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi yang mengaitkan
undi kepada HARAPAN adalah tanda sokongan buat DAP.
DAP adalah salah satu parti komponen dalam HARAPAN dan pernah menjadi rakan PAS semasa era Pakatan Rakyat dulu. Bagaimanapun kedua-dua parti menjadi seteru selepas itu.
Pada keadaan tertentu pula pemerhati dan ahli politik melihat kemarahan PAS kepada DAP melebihi kesungguhan mereka melawan BN.
Kata Saifuddin PAS kini seperti sedang menekan butang panik apabila menyedari sokongan yang diterima mereka semakin merosot.
Bersatu jatuhkan BN
PAS juga, katanya, sedang mencontohi strategi Umno dengan menakut-nakutkan orang Melayu serta Muslim negara ini kepada DAP.
"Nampak macam PAS sedang menyertai flotila untuk membawa rakyat menyokong rejim sedia ada," katanya.
Sebelum ini Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut menempelak Pemuda PAS yang dianggapnya kini
bersuara seperti Pemuda Umno.

Terdahulu salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Dr Rais Hussin mendakwa setiap undi yang diberikan kepada PAS adalah
tanda sokongan buat Umno.
Menurut Saifuddin sebelum ini DAP serta parti pembangkang lain - termasuk PAS - bersetuju untuk mendukung prinsip penting yang terkandung dalam perlembagaan negara.
Persefahaman itu, katanya, terbukti apabila DAP, PAS dan PKR menandatangani manifesto bersama di Shah Alam pada 2009.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video BBC Hardtalk Syed Saddiq] BSHR 2019 pembayaran dibuat selepas Tahun Baharu Cina! AMANAH hari ini mengumumkan penubuhan sembilan cawangan baru di Cameron Highlands & 5 cawangan majoritinya kaum India, 2 cawangan mskt Melayu dan 2 cawangan Orang Asli. >> Berita Malay 18Jumaat, 25 Januari 2019
Pakatan Harapan - Negeri Perlis
Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak: Menteri Ke… Read More...
Update Jom lihat Terowong Rahsia Raja Dadah Di Mexico >> Berita Malay 18
Terowong rahsia dadah Mexico. Orang yang paling dikehendaki lagenda raja dadah Joaquin Mexico "Shorty" Guzman, berjaya ditan… Read More...
Update [Video PAS iri hati, pernah runding sertai kita...tak nak] SIAPA ARAH Bunuh Altantuya? Jangan Lupa BOSSKU! DAP sokong kalau Fadzil Noor atau Nik Aziz jadi PM menanti, BUKAN Hadi. >> Berita Malay 18Jumaat, 25 Januari 2019
TS.
DAP sokong kalau Fadzil Noor atau Nik Aziz jadi PM menanti, bukan Hadi
Secara halus dan licik, Presiden PAS… Read More...
Update [Video Muhyiddin Yassin Jawab Tuduhan Orang UMNO ''Tiada Siapa Boleh Ubah Perlembagaan Malaysia''] >> Berita Malay 18Jumaat, 25 Januari 2019
… Read More...
Update [Video Tiada alasan lantikan politik dalam GLC - Ambiga] Muhyiddin tepis dakwaan Dr M tidak yakin dengan calon PH & Tun akan turun berkempen hari ini. >> Berita Malay 18Jumaat, 25 Januari 2019
Muhyiddin tepis dakwaan Dr M tidak yakin dengan calon PH
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan … Read More...