Update SETELAH DITINJAU SECARA TELITI PERMATANG PAUH AKAN JATUH KEPADA PAS/UMNO >> Berita Malay 18

PAKATAN HARAPAN AKAN KALAH TERUK DI PERMATANG PAUH.
 
ADA PANDANGAN JIKA PAN/BERSATU BERTANDING DISITU MUNGKIN KEPUTUSAN 50/50
 
-Pak Karamu-
 
 
PKR yakin pertahan Permatang Pauh
PKR yakin pertahan Permatang Pauh
Mansor (duduk, tengah) bergambar bersama sebahagian pimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang, semalam.
(Ubah saiz teks) 
 
PERMATANG PAUH - PKR Pulau Pinang yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh walaupun berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU14.

Pengerusinya, Datuk Mansor Othman berkata, ia kerana Permatang Pauh mempunyai sentimen tersendiri khususnya melibatkan pengundi terhadap bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Permatang Pauh ini menjadi kerusi kita lama, sejak dulu lagi dalam satu tempoh yang panjang. Jadi saya yakin kalau mana-mana calon berkaitan dengan Anwar bertanding di situ, kita boleh menang. 

“Kalau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal bertanding di situ dan berlaku tiga penjuru, saya yakin kita masih boleh menang,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir pada Konvensyen Amanah Pulau Pinang kali ke-2 di Dewan Yayasan Aman, Penanti, di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan Pas tidak akan bertanding di Permatang Pauh sekiranya Umno bertanding di kerusi sama kerana mungkin wujud kerjasama antara mereka di kawasan tertentu. 

“Pakatan Harapan yakin boleh menang di Permatang Pauh dan kekal mentadbir di Pulau Pinang, seterusnya menambah bilang kerusi yang lebih banyak dengan sokongan daripada Amanah dan Bersatu. 

“Saya juga berkeyakinan bahawa Umno tetap akan menjadi pembangkang di Pulau Pinang dengan kerusi yang lebih sedikit berbanding PRU lalu,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh PRU14 yang masih menjadi teka-teki, beliau menyifatkan bahawa BN sudah hilang keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.

“Beberapa bulan lalu dia terlalu yakin, nampak macam boleh ‘makan’ tetapi ada beberapa perkara yang merunsingkan. Pertama keadaan di Sabah dan Sarawak, itu yang mempengaruhi. 

“Keduanya pula usaha untuk huru-harakan pembangkang, seolah-olah berjalan sekejap tetapi kemudian tidak menjadi. Dua faktor ini yang boleh mempengaruhi keputusan untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :