Sharnaaz Ahmad yang merupakan seorang pelakon telah dikenakan denda sebanyak RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad berusia 32 tahun telah didakwa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh pada Julai tyang lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Sharnaaz telah dijatuhkan hukuman oleh Majistret Mahyudin Mohmad Som selepas beliau telah mengakui kesalahannya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Pelakon yang popular menerusi drama Suamiku Encik Sotong itu turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Walau bagaimanapun Sharnaaz dikatakan telah pun membayar denda tersebut bagi mengelakkan hukuman yang lebih teruk.
Mengikut pertuduhan, Sharnaaz didakwa dengan sengaja telah mencederakan pekerja kelab golf, Gouz Ali dengan menumbuk muka lelaki itu di sebuah kelab golf di Taman Tun Dr Ismail, pada 5.30 petang, 22 Julai lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya. - Harian Metro
Related Posts :
Update KPM wajar teliti cadangan wajib latihan renang di sekolah - NUTP >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR, 19 Feb - Kementerian Pendidikan wajar untuk meneliti cadangan mewajibkan setiap pelajar di peringkat sekolah dan universiti… Read More...
Update Sekolah vernakular agenda penjajah paling licik >> Berita Malay 18
Foto via Utusan Online
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Penubuhan sekolah vernakular adalah komponen dasar pecah, belah dan perintah yang di… Read More...
Update Wajib latihan renang di sekolah, APM sedia kepakaran >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersedia menyumbang tenaga pengajar sekiranya Kementerian Pendidikan mahu … Read More...
Update [KUANTAN] KAMI CUBA BANTU, TAPI TAK DAPAT >> Berita Malay 18
“Keadaan ketika itu sangat kelam kabut apabila salah seorang daripada kami hampir lemas," kata Azwan Mohamad, 21, adik bongsu kepada s… Read More...
Update [KUANTAN] KAMI CUBA BANTU, TAPI TAK DAPAT >> Berita Malay 18
“Keadaan ketika itu sangat kelam kabut apabila salah seorang daripada kami hampir lemas," kata Azwan Mohamad, 21, adik bongsu kepada s… Read More...