Update SPR beri syarat benarkan pemerhati pantau pilihan raya >> Berita Malay 18

Pengerusi SPR berkata organisasi itu bukan hanya memerhati perjalanan pilihan raya di negara berkenaan tetapi turut mengadakan perbincangan dengan mereka.
hashim
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah melancarkan aplikasi MySPR di Putrajaya.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata ia tidak akan menjemput pemerhati pilihan raya dari negara luar sekiranya tidak pernah menjemput SPR untuk memantau pilihan raya umum di negara mereka sendiri.
“Setiap tahun ada negara yang buat pilihan raya, ada yang jemput kita dan ada yang tak jemput kita.
“Kalau nak jemput pun, orang yang jemput kitalah. Yang tak jemput kita untuk apa kita jemput,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Sebelum ini, sebuah badan pemantau pilihan raya menyatakan kesediaan membantu mengesahkan dan memperbaiki proses pilihan raya di sesebuah negara.
Asian Network for Free Election (Anfrel) dilaporkan berkata pemerhati dapat meningkatkan keyakinan dalam proses pilihan raya supaya calon dapat menerima keputusan pilihan raya.
Hashim berkata, apabila SPR berkunjung ke negara lain, organisasi itu bukan hanya memerhati perjalanan pilihan raya di negara berkenaan tetapi turut mengadakan perbincangan dengan mereka.
“Kita adakan perbincangan dengan mereka. Kita kongsi pandangan, pengalaman di Malaysia dengan cara yang mereka buat di negara mereka.
“Ada cara yang mereka buat bagus dan perlu kita buat di tempat kita,” katanya.
Ditanya sama ada menjemput pihak yang hanya menjemput SPR akan menimbulkan isu kepentingan peribadi atau pertembungan kepentingan, Hashim berkata ia tidak akan berlaku.
“Bila saya pergi ke negara mereka, saya menjadi ‘neutral’. Bila ada perbincangan, kita perbetulkan,” katanya, selepas majlis melancarkan aplikasi MySPR yang membolehkan orang ramai mengetahui keputusan muktamad pilihan raya umum.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: