Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low hari ini menolak kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian elaun perjalanan kepada pengundi untuk balik kampung mengundi ialah satu bentuk rasuah.
Ini kerana, katanya, pengundi tidak wajib menyokong parti atau individu yang menaja perjalanan mereka, melainkan ada bukti menunjukkan pengundi itu diberikan wang dengan syarat untuk mengundi calon tertentu.
“Adakah itu mempengaruhi seseorang mengundi anda? Saya tak fikir begitu.
“Jadi, kecuali orang itu beritahu pengundi ‘saya beri anda wang dengan syarat anda undi saya’, maka pemberian dana itu tidak boleh dianggap tindakan merasuah,” katanya yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus, integriti dan hak asasi manusia.
Beliau berkata demikian di luar Persidangan Serantau mengenai Demokrasi di Asia Tenggara, anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Yayasan Kofi Annan hari ini.
Low yang pernah mengetuai Transparency International-Malaysia mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki yang dipetik Sin Chew Daily berkata, penawaran sebarang bentuk dorongan, tidak kira wang tunai atau hadiah, dianggap rasuah.
Tetapi, katanya, ia bukan satu bentuk rasuah jika ahli politik memberi bantuan kepada golongan miskin.
“Contohnya, jika pemimpin politik tertentu mengagihkan beras atau bantuan kepada orang miskin di kawasannya, ini tidak dianggap rasuah,” katanya. - FMT
Related Posts :
Update [Video Warisan: Sabah TAK MATI Jika Tak Undi UmnoBN] SELEPAS TIDAK DIBERI RUANG BERUCAP, Isa Samad harus sedar siapa dirinya di sisi Najib! Apakah Najib sudah melupai Isa. >> Berita Malay 18Rabu, 28 Februari 2018
SELEPAS TIDAK DIBERI RUANG BERUCAP, ISA SAMAD HARUS SEDAR SIAPA DIRINYA DI SISI NAJIB
Semalam, dalam satu lagi pr… Read More...
Update [Video Dr M, isteri tiba di Pahang & PC PROGRAM CERAMAH DI PARLIMEN Najib] Ekoran TENTANGAN Umno, 100 anggota polis kawal Majlis Dr M di Pekan. >> Berita Malay 18Rabu, 28 Februari 2018
SET MINDA KOSONG
Yang sokong dan yang tidak sokong 1MDB, cuba setkan semula otak anda kepada neutral, kosong, "… Read More...
Update Bapa Mertua Ghairah Cium Menantu Semasa Majlis Perkahwinan. >> Berita Malay 18
CHINA: Seorang pengantin perempuan mengalami saat-saat yang memalukan apabila bapa mertuanya bertindak mencium dirinya di dalam satu majli… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/02/update-video-saya-tak-ada-kuda-itu-kuda.html">Update [Video "Saya tak ada kuda, ITU KUDA PINJAM & tak bagi makan Quinoa" Dr M jawab Najib] Saya akan MENJELMA di Pekan HARI INI, Najib mula panik! >> Berita Malay 18Rabu, 28 Februari 2018
Najib mula panik, fikir secara serius kemenangan PH, kata PKR
PKR berpandangan Datuk Seri Mohd Najib Razak k… Read More...
Update [Video 1MDB: Mahkamah batal 'amaran keras' UM pada siswa & DR ASRI-KAMILAH MENTERI DIDLM INI NEGERI..Siapa Mu Lawan Ku Tunjal2] Alamak Hubahaya! Kenapa tetiba 1MDB mahu ditutup? Adakah kerana MINI SAMUNANNYA telah selesai? >> Berita Malay 18Rabu, 28 Februari 2018
KENAPA 1MDB HENDAK DITUTUP? ADAKAH KERANA MISI SAMUNANNYA TELAH SELESAI?
Alamakkk...apa pulak ni?
Kenapa tiba… Read More...