Update Sultan Kedah mangkat >> Berita Malay 18

SULTAN Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar, 2:30 petang tadi.

Pengumuman rasmi mengenai kemangkatan baginda akan dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman, 6 petang ini.

Almarhum yang berusia 89 diputerakan 28 November 1927 adalah Sultan Kedah ke-27.

Almarhum mewarisi takhta Kedah pada Julai 1958 daripada ayahandanya dan ditabalkan pada Februari 1959.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :