Selain sebagaimana yang disebut sebelum ini dan dinyatakan semalam oleh Rafizi Ramli bahawa besar kemungkinan lawatan dan pertemuan dengan Presiden Amerika itu adalah hasil kerja Godfrey Group Ltd yang dipercayai telah membayar RM1.125 juta kepada pelobi yang merupakan bekas pembantu Trump, hakikatnya ialah Malaysia terpaksa membayar harga yang amat mahal untuknya.
Didedahkan pada Mei sebelum ini, Godfrey yang mewakili Pejabat Perdana Menteri telah membuat bayaran kepada pelobi tersebut dengan tujuan yang tidak dinyatakan, di ketika saman sivil DOJ terhadap 1MDB menjadi bualan di seluruh dunia.
Semasa membalas ucapan Trump yang mengalu-alukan kedatangannya ke Rumah Putih, Najib berkata, "kami datang ke sini dengan cadangan yang besar untuk membantu Amerika mengukuhkan ekonominya."
Ehhh....ini sudah terbalik dan pelik beb!!
Malaysia sebagai "negara ular lidi" pula yang menawarkan bantuan Amerika sebagai "negara ular sawa" untuk memulihkan ekonominya.
Kalau Malaysia mengharapkan bantuan Amerika ada juga munasabahnya.
Apakah dalam masa yang sama Najib sudah cukup cemerlang dalam mengukuhkan ekonomi Malaysia sendiri?
Dalam usaha "ular lidi" mahu mengenyangkan "ular sawa" yang tidak cukup makan itu, tiga pakej yang ditawarkan Najib ialah menambah pembelian 25
pesawat Boeing untuk MAS yang dalam tempoh lima tahun bernilai antara AS$10 bilion hingga AS$20 bilion, menggunakan dana pencen KWSP untuk melabur sehingga AS$4 bilion untuk menyokong pembangunan prasarananya dan Khazanah Nasional akan dikembangkan lagi peranannya di Amerika.
Keadaan ini jelas berbeza semasa kepimpinan Tun Mahathir di mana semasa lawatannya ke luar negara dahulu, syarikat-syarikat Malaysia yang ditawarkan dan menandatangani pelbagai perjanjian projek di luar negara, bukannya kita memberi projek kepada negara yang dilawatinya.
Read More / Baca Lagi >>