Update The Third Force ialah blog propaganda, kata Rewcastle-Brown >> Berita Malay 18

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown membidas akhbar New Straits Times atas penerbitan semula catatan blog daripada sumber tidak boleh dipercayai, seolah-olah ia betul.
Clare-Rewcastle-Brown-The-Third-Force-malaysiaThe Third Force bukannya sebuah portal berita, sebaliknya ia hanya “blog propaganda dengan catatan lazimnya berunsur fitnah” yang tidak sepatutnya dipetik mana-mana akhbar, kata editor Sarawak Report.
Clare Rewcastle-Brown mengulas satu catatan blog itu yang mendakwa beliau gagal mengemukakan bukti terhadap tuduhannya yang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Saya tidak akan menjawab secara terperinci pada tahap ini kerana peguam saya sedang menguruskan perkara ini,” katanya dalam e-mel kepada FMT.
“Bagaimanapun, laporan ini mewakili putar belit berniat jahat dan amat tidak tepat oleh sebuah blog propaganda tanpa nama dan lazimnya memfitnah, di mana New Straits Times (NST) tidak sepatutnya menerbitkan semula catatan itu seolah-olah ia dianggap sumber maklumat tepat atau boleh dipercayai.”
The Third Force yang catatannya diterbitkan NST sebelum ini turut mendakwa Rewcastle-Brown gagal membuktikan tuduhannya di Mahkamah Tinggi London menjelang tarikh akhir diberikan, yang bermakna beliau perlu kembali ke mahkamah bulan depan.
Menurut blog itu, ia sekadar helah Rewcastle-Brown untuk mencemarkan nama Najib dan mengheret perbicaraan sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.
Rewcastle-Brown berkata, wujud “kebimbangan sangat nyata mengenai putar belit maklumat secara sengaja” berkaitan pengurusan standard kes itu.
Beliau mendakwa ia adalah propaganda politik sesetengah pihak “dengan tujuan jelas memberi tanggapan palsu, walaupun sebelum respons terhadap dakwaan Hadi dikemukakan di mahkamah”.
Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown pada April lalu berhubung sebuah artikel yang wanita itu tulis pada Ogos 2016.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: