Tindakan terdesak DAP untuk mengheret MCA ke kancah kontroversi acara 'Better Beer Festival 2017' gagal apabila Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai berkata beliau menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan permit kepada penganjur festival berkenaan untuk menganjurkan acara itu, susulan mesyuarat kabinet hari ini.
DS Liow, yang merupakan Menteri Pengangkutan, berkata beliau telah membangkitkan isu itu dengan Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan Tengku Mansor semasa mesyuarat kabinet hari ini dan diberitahu keputusan DBKL dibuat berdasarkan faktor keselamatan.
Ini susulan tindakan 5 Ahli Parlimen (MP) DAP Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh MP Seputeh, Teresa Kok mengesa pihak DBKL untuk mengkaji semula penolakan permohonan 'Better Beer Festival 2017'. Baca di sini. DS menambah beliau menghormati keputusan itu dan sekiranya festival itu tidak diadakan di tempat awam maka ia tidak menjadi masalah.
DAP pastinya terdesak untuk mendapatkan sokongan daripada parti Cina terbesar di dalam Barisan Nasional, MCA di dalam mendapatkan sokongan kaum Cina. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Jika MCA menyokong, DAP akan mendapat nama kerana mereka terlebih dahulu memperjuangkan isu ini. Jika sebaliknya, mereka akan menghasut masyarakat Cina bahawa MCA bersetuju menyekat hak kebebasan kaum Cina.
Pertama, isu festival arak di Malaysia bukanlah satu hak kebebasan mana-mana kaum. Mana-mana kaum dan agama di Malaysia menegah dan melarang tabiat meminum arak, apatah lagi dengan mengangkat arak sebagai satu pesta atau festival. Kedua, mana-mana orang bukan Islam di Malaysia tidak pernah sekalipun dihalang dari membeli dan meminum apa sahaja jenama minuman keras. Dan ketiga, dengan keputusan dibuat oleh DBKL dibuat atas faktor keselamatan, DAP sudah tidak mempunyai lasan untuk menghentam MCA. Check mate!