Update Tindakan samseng pengikut Timbalan Menteri suburkan gangsterisme >> Berita Malay 18



Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan digesa memohon maaf di atas tindakan samseng, yang dipercayai dilakukan para pengikutnya terhadap petugas akhbar Tamil Malar Daily.
M SaravananKetua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam sidang media di pejabat akhbar itu turut menggesa Timbalan Menteri Belia dan Sukan terbabit bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
“Sangat jelas, bahawa dia (Saravanan) bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.
“Ia adalah tindakan gengsterisme yang bertentangan dengan prinsip Rukunegara. Bagaimana anda boleh jadi timbalan menteri tetapi bertindak bertentangan dengan Rukunegara?
“Rakyat Malaysia mahukan demokrasi. Demokrasi adalah menyakinkan rakyat dengan hujah dan perbahasan, bukannya dengan cara ganas,” tegas Kit Siang.

Kekecohan yang tercetus di pejabat akhbar itu kelmarin dipercayai mempunyai hubung kait dengan laporan muka hadapan akhbar Tamil Malar Daily mengenai penyelewengan yang dilakukan Saravanan terhadap kutipan wang sewaan bangunan milik MIC Wilayah.
Saravanan yang berada di lokasi kejadian, seperti dilaporkan Bernama, menafikan terlibat dalam insiden keganasan berkenaan.
Selain Presiden MIC, Datuk Seri Dr. Subramaniam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian berhubung insiden berkenaan.
“Sebelum berangkat ke Rumah Putih, saya gesa supaya Perdana Menteri menyatakan pendirian terhadap insiden keganasan yang berlaku semalam,” ujarnya.
Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Prof P Ramasamy dalam satu kenyataan berharap pihak berkuasa dapat bertindak adil dalam menyiasat kejadian berkenaan.
“Saya difahamkan bahawa laporan polis telah dibuat dan berharap Ketua Polis Negara yang baru akan mengarahkan siasatan dilakukan tanpa pilih kasih dan rasa takut.
“Beliau tidak harus ‘menyembunyikan’ insiden seumpama itu seperti apa yang pernah dilakukan KPN terdahulu,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :