Alor Setar – Raja Muda Kedah yang juga Tunku Temenggong, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini dimasyhurkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-29.
Baginda yang berumur 75 tahun, dinobatkan untuk menggantikan kakandanya, almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mangkat dalam usia 89 tahun di Istana Anak Bukit di sini semalam.
Pengumuman mengenai pemasyhuran baginda diisytiharkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dalam istiadat khas di Balai Penghadapan Baharu, di Istana Anak Bukit, sebelum pemakaman.
Sejurus pengisytiharan itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang juga Ketua Istiadat, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah, mengiring Tunku Sallehuddin untuk bersemayam di singgahsana.
Ia disusuli dengan laungan “Daulat Tuanku” oleh hadirin sebanyak tiga kali. Tunku Sallehuddin diputerakan di Alor Setar pada 30 April 1942 adalah anakanda kesembilan Almarhum Sultan Badlishah.
Tunku Sallehuddin yang dibesarkan di Istana Anak Bukit dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 15 Disember lalu. Baginda berkahwin dengan Tengku Maliha Tengku Ariff.
Sebelum ditabal sebagai Raja Muda Kedah, baginda dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Allahyarham Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat pada Mei 2014.
Related Posts :
Update [KUANTAN] TITAH DIRAJA - KESUCIAN AGAMA ISLAM DIJUNJUNG >> Berita Malay 18
KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, bertitah supaya gejala pemahaman Isla… Read More...
Update [Video MALAYSIA TERAJUI USAHA PROMOSI MINYAK SAWIT] Bila tak suka, benci, dimakinya! Bila kalah hilang deposit lebih RM1.3 juta PRU14, terus bersanding peluk cium Umno? Saksi: Penggeledahan di Ambank rampas dokumen akaun Najib, SRC >> Berita Malay 18Selasa, 16 April 2019
Suara Rakyat
Bila tak suka, benci... dimakinya, dikafirkannya, sumpah masuk neraka & tak layak masuk syurga.
Bi… Read More...
Update Design Rumah Yang Comel Untuk Pelajar Universiti >> Berita Malay 18
Rumah mesra alam ini diperbuat daripada kayu, mudah diangkut dan dipasang di kampus universiti atau di lokasi lain.
Direka oleh Tengbom, r… Read More...
Update Rosmah Mansor Rasmi Kapal Dikritik, Normah Alwi Rasmi Kapal Pula Disanjung >> Berita Malay 18
Lihatlah bagaimana hipokrit dan munafik Kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang. Dulu bukan main kutuk apabila isteri Mantan Perda… Read More...
Update [Video BUKTI TRANSAKSI BERLIAN MERAH JAMBU ROSMAH BERJAYA DITEMUI?] Sudah lupakah kamu saudara2ku semasa UmnoBN berkuasa telah merosakkan seluruh sistem dalam negara ini! >> Berita Malay 18Selasa, 16 April 2019
Otai BERSIH
Assalamualaikum kepada semua ahli dan penyokong PAS
Sudah lupakah kamu semasa UmnoBN berkuasa dahulu … Read More...