Update [Video GELOMBANG RAKYAT SARAWAK!] Pas BUAT HAL LAGI! Sejak bila 'parti agama' pandai main-main gimik begini dalam berpolitik? >> Berita Malay 18

Rabu, 27 September 2017

PAS BUAT HAL LAGI!

Pas sekali lagi buat hal yang menyerlahkan siapa mereka sebenarnya ketika ini.

Jika semalam Pas Selangor bersama 30 NGO mengadakan demonstrasi membantah pesta arak dan gay yang kedua-duanya sudah pun dibatalkan beberapa hari sebelum itu, hari ini Pas Pulau Pinang pula tampil membuat laporan polis terhadap kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Lim Guan Eng berikutan banjir yang melanda negeri itu.

Laporan itu meminta pihak polis menyiasat projek-projek pembangunan yang didakwa mungkin menyebabkan berlakunya banjir itu.

Selain Pulau Pinang, banjir juga sebenarnya turut melanda Kedah, Perlis dan Pulau Langkawi pada ketika ini.
Kenapa Pas hanya buat laporan polis di Pulau Pinang saja?

Mengapa tak buat laporan polis juga di negeri dan tempat lain yang turut dilanda banjir?

Dalam pada itu, banjir kilat  boleh dikata setiap hati berlaku di Kuala Lumpur apabila saja hujan turun dengan lebat.

Bila agaknya Pas Wilayah Persekutuan mahu membuat laporan polis meminta disiasat projek-projek pembangunan yang diluluskan DBKL yang mungkin merupakan punca berlakunya banjir itu?

Jangan pula Pas lupa, tak lama lagi bila tiba hujung tahun, banjir juga selalu berlaku di Pantai Timur, khususnya Kelantan, sebuah negeri yang ditadbir oleh Pas sendiri.

Untuk memperlihatkan Pas benar-benar mengamalkan politik matang dan adil sebagai sebuah parti Islam, bila berlaku banjir nanti, janganlah pejamkan mata daripada membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri Kelantan untuk disiasat projek pembalakan dan penebangan hutan yang tak terkawal di negeri itu yang barangkali menjadi punca berlakunya banjir tersebut.

Jika tidak, apa yang dilakukan di Pulau Pinang ini tidak lebih hanyalah gimik politik semata-mata.

Sejak bila parti agama pandai main-main gimik begini dalam berpolitik? (ShahbudinHusin 23/09/2017).

Subscribe to receive free email updates: