Sudah 5 hari kita sebagai Rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan negara yang ke 60. Namun, masih tergiang-giang sebuah video lakonan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai yang memberi kesan yang amat mendalam mengenai erti kemerdekaan. Video berdurasi 5 minit 54 saat ini boleh ditonton di atas atau di laman Youtube, di sini.
Filem pendek ini berkisar tentang perbualan di antara 'ahli politik' dan 'Rakyat Marhaen' (kedua-dua watak dilakonkan oleh DS Liow) dalam filem pendek ini adalah bukan bagaimana politik telah menghancurkan Rakyat tetapi sebaliknya bagaimana Rakyat sendiri yang gagal berpolitik.
Filem arahan Pete Teo, seorang pengarah yang telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa, berkisar kepada kesedaran kepada Rakyat Malaysia tentang peri pentingnya semua kaum dalam negara ini menganggap bahawa Malaysia adalah negara kita bersama dan ianya seharusnya dijaga dan diiktirafkan bersama.
Filem ini secara jujur mengajak kita agar tidak berputus harap untuk mengekalkan keamanan dan kehamonian Rakyat berbilang kaum yang mendiami bumi bertuah ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dayak, Melanau dan Rakyat pribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman damai dan saling hormat menghormati.
Selamat Hari Kemerdekaan Ke-60. Negaraku. Sehati Sejiwa.