5/9/17
Foto: Daily Mail
MUNGKIN bagi sebahagian besar orang awam, ular adalah binatang yang berkembang biak dengan cara bertelur. Kerana itulah banyak yang kebingungan dan heran ketika melihat video yang menampilkan seekor ular sedang melahirkan anaknya.
Video yang di-posting laman Facebook Reptile Collective dengan caption “selalu asyik menyaksikan kelahiran secara langsung” itu menampilkan seekor ular boa pasir yang melahirkan tidak hanya satu tetapi tiga ekor anak.
Kejadian yang membuat banyak orang bingung itu segera menjadi viral dan telah disaksikan oleh lebih dari 11 juta orang sejak dibagikan pada 25 Ogos lalu. Kebingungan tersebut terlihat dari komentar beberapa netizen yang telah melihat video itu.
“Ular bertelur, tetapi saya fikir ini 2017 dan semua sudah berubah,” tulis Brittany Hutchcraft seperti dilansir dari Daily Mail, Sabtu (2/9/2017).
Bukan, video tersebut bukan hoax atau palsu, kerana faktanya ular boa pasir memang berkembang biak dengan melahirkan layaknya mamalia. Jenis ular vivipar, yang melahirkan anak seperti boa ini, memang merupakan minoriti kerana 70 peratus ular di dunia, termasuk kobra berkembang biak dengan bertelur. Ada juga ular ovovivipar seperti ular derik yang bertelur di dalam tubuhnya dan mengeluarkan anaknya sebagai ular hidup.
Video:Youtube