Lebih separuh daripada mereka berkata hidup hanya sekadar boleh diterima atau tidak gembira, menurut dapatan kaji selidik atas talian.
Baki 48% berkata mereka sama ada sangat gembira (18%) atau gembira (30%).
Kaji selidik atas talian itu merekodkan input daripada 1,786 penduduk dari Lembah Klang 1,273), Pulau Pinang (321) dan Johor Bahru (202). Menurut data Bank Dunia, lebih 75% populasi Malaysia tinggal di kawasan bandar.
Kaji selidik itu mendapati mereka yang tinggal di Pulau Pinang (77%) paling gembira diikuti Johor Bahru (61%) dan Lembah Klang (49%).
Penduduk Lembah Klang berkata mereka suka ibu kota itu untuk aktiviti hiburan (77%), kebolehcapaian (74%) dan peluang pekerjaan (74%).
Penduduk di Pulau Pinang sukakan George Town kerana aktiviti hiburannya (69%) dan kepentingan sejarah (64%) sementara mereka di Johor Bahru suka suasana mesra keluarga (62%) dan kebolehcapaian (59%).
Semua warga kota bersetuju yang isu penting dalam kualiti kehidupan dan kesejahteraan peribadi menjadi keutamaan mereka.
Kaji selidik itu mendapati kos sara hidup (82%), keselamatan (77%) dan pencemaran (61%) adalah kebimbangan utama mereka.
Kira-kira separuh daripada responden di Pulau Pinang dan Johor Baru turut menjangkakan bandar yang lebih hijau dan indah.
Ketika ditanya mengenai ciri bandar yang boleh didiami, responden berkata sistem pengangkutan integrasi paling penting, dengan pendapatan tinggi dan peluang pekerjaan.
Responden di Lembah Klang juga mahukan perumahan lebih berkualiti sementara penduduk Pulau Pinang dan Johor Baru berkata mesra alam sekitar adalah ciri tambahan penting untuk bandar yang mereka ingini.
Kaji selidik itu diadakan pada 28 April hingga 28 Mei pada tahun ini dan ia sebahagian daripada kempen Kegembiraan Malaysia di Bandar Lafarge untuk pembangunan mapan.