Bermula tahun 1971, lahir sebuah buku yang amat penting di dalam naratif sebuah parti bernama Umno. Ketika itu Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Abdul Razak bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang terkini Najib Tun Razak.
Didalam buku tersebut terdapat 13 penulis yang dianggap inteligensia melayu ketika itu. Buku tersebut diberi nama “Revolusi Mental”. Buku tersebut dikatakan dituju kepada Pemuda Umno ketika itu.
Buku yang disunting oleh Senu Abdul Rahman yang pada ketika bertujuan mengubah dan merasionalkan pemikiran feudalisme dan kebendaan seperti yang disebut oleh Max Weber dalam “The Protestant Ethic and the Spirit of Capatilism”.
Menurut Weber, jiwa raga kapitalisme yang tulen dengan mengecam ciri-ciri sikap mereka yang malas dan membuang masa.
Bagi Weber ruh kapitalis sejati ialah mereka yang berusaha mengejar keuntungan secara berterusan, senantiasa berjimat cermat, menepati masa, tekun dan adil dalam perniagaan.
Kapitalis dalam terjemahan dan tafsiran Weber juga mengaitkan mereka yang amanah, bijaksana dan tidak boleh menyimpang dari harus bersikap rasional sebagai mereka yang beriman dan beramal dengan kapitalisme yang asli.
Itulah yang cuba dibawa oleh Senu melalui kompilasi yang dibukukan ketika beliau menjawat posisi Setiusaha Agung Umno ketika itu. Buku tersebut menjadi antara kitab yang perlu dimiliki dan dibaca oleh bani melayu ketika itu.
Kontradiksi tujuan asal Senu terhadap Revolusi Mental, salah tafsir terhadap cadangan antara penulis didalam buku tersebut membina prinsip pengumpulan harta perseorangan dengan sebanyak-banyaknya.
Salah tafsir penulis-penulis Revolusi Mental inilah akhirnya menemui rakyat Malaysia hari ini. Salah agakkan mereka kini memakan pewaris mereka sendiri.
Cara mereka mengkritik rakyat supaya bangkit dalam masa sama mereka yang bertindak dengan anjuran prinsip mereka atas nama kemajuan orang melayu bukanlah sesuatu yang rasional pada keputusannya.
Malah ia dilihat sebagai gagasan pemikiran elitas yang memerintah dan punya kuasa politik. Kononnya mahu membela paras ekonomi melayu marhain, tetapi yang terjaga sebenarnya adalah melayu pemerintah. Meraka cakap lain, tetapi yang dibikin lain.
Modus operandinya hari juga tetap sama. Kerajaan yang didominasi Umno, seringkali melaungkan kami adalah kerajaan untuk rakyat, namun mereka semakin memboroi hasil ratah mahsul negara yang sebenarnya milik rakyat.