2 hari lagi, DS Najib Tun Razak akan mengemukakan Bajet 2018. Hari ini Pakatan Harapan seperti biasa setiap tahun akan membentangkan apa yang dipanggil Bajet Alternatif. Bajet yang tidak memerlukan ilmu ekonomi yang tinggi. Apa yang perlu hanyalah berjanji bulan dan bintang. Seperti yang dijangka, Pakatan Harapan tidak berani untuk menghapuskan BR1M. Terdapat banyak janji-janji kelakar di dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan tahun ini. Antaranya,
Pertama, Pakatan Harapan berjanji akan menghapuskan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). GST memberikan sumber pendapatan kepada Kerajaan sebanyak RM42 billion. Di mana Pakatan Harapan akan mencari sumber Kerajaan sebanyak itu untuk menampung perbelanjaannya?
Kedua, paling menarik apabila Pakatan Harapan berjanji akan menaikkan paras gaji yang setara dengan kakitangan lelaki untuk golongan wanita. Pakatan Harapan ini tinggal di negara mana? Sejak bila gaji kaum wanita dianaktirikan dan pilih kasih di Malaysia berdasarkan jantina atau 'gender'? Ramai sahaja kaum lelaki yang mempunyai gaji yang lebih rendah dari kaum wanita di Malaysia? Apa yang Pakatan Harapan merepek ni?
Ketiga, setiap tahun mereka berjanji akan menghapuskan tol. Hakikatnya ...
Keempat, setiap tahun Pakatan Pembangkang berjanji akan memberikan pendidikan percuma. Hakikatnya, Universiti Selangor (UNISEL) di bawah Kerajaan Negeri Selangor pun tidak mampu memberikan pendidikan percuma kepada penuntut-penuntutnya.