Tidak sampai beberapa hari Mantan Perdana Menteri 22 tahun dan 'Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir berkata Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak akan menuntut jawatan Perdana Menteri, dua pemimpin DAP sudah tampil memberi sokongan kepada pemimpin rasis itu. Pertama adalah Datuk Zaid Ibrahim dan kedua adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dengan megah memberitahu rakyat Malaysia bahawa Kit Siang adalah pemimpin yang sesuai untuk memegang tampuk kepimpinan negara.
Sokongan terbuka ini adalah jelas bukti bahawa DAP adalah ketua sebenar Pakatan Harapan walaupun tidak dilihat memegang sebarang jawatan utama dalam struktur organisasi Pakatan Harapan. Kenyataan Zaid Ibrahim dan P Ramasamy tentunya mengejutkan pemimpin Parti Chap Bunga, PKR dan PAN yang kini sedang menghadapi krisis kepimpinan dalaman. Selama ini pemimpin dan penyokong Melayu Pakatan Harapan sering menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa DAP berhasrat memegang jawatan Perdana Menteri di dalam negara ini.
Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa semalam berkata beliau gembira dengan kenyataan dibuat bekas menteri Zaid Ibrahim yang mendakwa Lim Kit Siang boleh menjadi Perdana Menteri yang lebih baik berbanding pemimpin UMNO. TS Annuar berkata, pandangan yang diberikan Zaid Ibrahim itu seolah-olah mengesahkan bahawa sememangnya Lim Kit Siang mengingini jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Dua hari lepas, Zaid Ibrahim yang kini menganggotai DAP berkata idea menjadikan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri mungkin sesuatu yang baik selepas isu berkenaan terus dimainkan UMNO di sebalik penafian Ahli Parlimen Gelang Patah itu. Kata Zaid Ibrahim,
Kita tak henti-henti dengar tentang perkara ini. Jika mereka (pemimpin Umno) begitu 'menginginkannya' terjadi, ia mungkin idea yang baik.
Sebelum ini TS Annuar telah beri amaran tentang modus operandi DAP yang mempergunakan pemimpin Melayu untuk memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu sendiri bagi meneruskan agenda 'Malaysian Malaysia' yang tidak menyokong roh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia.
Persoalannya, bersediakah Rakyat Malaysia menerima tokoh rasis nombor satu negara, Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri?