BARISAN Nasional (BN) bercelaru kerana tidak dapat tentukan siapa yang mendominasi Pakatan Harapan, kata Dr Mahathir Mohamad.
Dalam posting terbaru di blognya hari ini, bekas perdana menteri itu berkata pemimpin Umno seperti ketua oenerangan Annuar Musa mendakwa DAP mendominasi PH, MCA bagaimanapun menuduh pemimpin DAP Lim Kit Siang sudah jual dirinnya kepada Bersatu.
"Yang perlu ditentukan oleh BN ialah siapa beli siapa. Kit Siang beli saya atau saya beli Kit Siang di Malaysia," katanya dalam posting terbaru di
chedet.cc.
Dr Mahathir juga menegur Annuar kerana tidak menjawab soalan pembangkang mengenai RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak.
"Tak tahulah kerana tak dapat dengarkah atau telinga tersumbat dengan dedak, tetapi yang jelas ialah segala pertanyaan berkenaan 1MDB atau 2.6 billion, jawapannya ialah DAP yang mendominasi PH dan Kit Siang akan jadi Perdana Menteri."
Mengenai dakwaan Raja Petra Kamarudin (RPK) bahawa bekas perdana menteri itu menggunakan RM1 bilion untuk membeli Lim, Dr Mahathir membalasnya dengan berkata RPK perlu menjelaskan dari mana dia mendapat wang itu.
"Bekas wakil Transparency International di Malaysia pula cukup telus dan transparent. Tentulah dia (RPK) nampak duit 1 billion yang ada pada saya. Dinding setebal 10 kaki pun, matanya boleh tembusi. Apatah lagi duit kertas," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau turut "bangga" dengan Najib kerana menjadi perdana menteri pertama yang menyelamatkan kuasa ekonomi dunia.
"Namun saya bangga. Belum ada Perdana Menteri Malaysia yang mampu menyelamatkan kuasa dunia. Tetapi sekarang ada.
"Tahniah kepada Kerajaan dan Najib dan Menteri-Menteri Barisan Nasional. Kamu sudah “put Malaysia on the world map” (meletakkan Malaysia di mata dunia). Tahniah."
Related Posts :
Update Yang fitnah kerajaan tu insaflah & Fake news..Lantak lah korg! “Bossku, kami ahli UMNO berikrar akan menjadi bapak penyamun macam kamu.” [Video Selamanya UMNO Tipu Orang Melayu, Tipu Orang Islam, Rompak Duit Tabung Haji] >> Berita Malay 18Rabu, 24 April 2019
Yang fitnah kerajaan tu insaflah.
Otai BERSIH
Ini fake news. Lantak lah korg..!
Otai BERSIH
… Read More...
Update Rina nafi Bersatu bergolak, hubungan Dr M - Muhyiddin baik >> Berita Malay 18Rina nafi Bersatu bergolak, hubungan Dr M - Muhyiddin baik: WAWANCARA | Ketua Srikandi Bersatu menafikan dakwaan kepimpinan partinya b… Read More...
Update Kau jangan buat muke kesihan Najib weiiii..! Isham Jalil bekas pegawai khas Najib cuba perbodohkan rakyat terutama pembangang dgn tajuk panas [Video Penyebaran CRT di media sosial satu kesalahan - Peguam] >> Berita Malay 18Rabu, 24 April 2019
KiniTV
Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata penyebarkan transkripsi rakaman mahkamah (CRT) di media sosial adalah satu … Read More...
Update Jijiknya kelaku walaun & Uataz apa perangai serupo sampah? Shafee minta tangguh, tapi AG bantah & Saya penat dan bosan - Shafee [Video Bangsa Melayu Bersatu. Buktikan Bersatu] >> Berita Malay 18Rabu, 24 April 2019
Jijiknya kelaku walaun!
Uataz apa perangai serupo sampah.
Kami Viral
Shafee minta tangguh, tapi AG bantah
… Read More...
Update Jangan celupar sangat Pak Lebai ooi & Cek HARAM dari BOSSKAU walaun! [Video 1MDB - BN MASIH BERMIMPI DI SIANG HARI >> Berita Malay 18Rabu, 24 April 2019
Jom Channel
Ka Siong menegaskan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Bandar Malaysia akan mempunyai… Read More...