Tengku Adnan Tengku Mansor enggan mendedahkan sasaran 4 kerusi Parlimen itu, tetapi setiap ketua bahagian sudah diarah turun padang.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menyasarkan memenangi 4 lagi kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan pada pilihan raya umum ke-14, kata Pengerusinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kerusi Parlimen yang ingin dimenangi BN ialah 8 daripada 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Wilayah Persekutuan.
Pada masa ini, kerusi Parlimen sedia ada di bawah pimpinan BN ialah Titiwangsa dan Setiawangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta masing-masing sebuah kerusi di Putrajaya dan Labuan.
“Saya takkan beritahu tempat-tempat (berpotensi menang) tersebut kerana itu strategi kita, tetapi saya telah minta setiap ketua bahagian turun ke bawah (bekerja),” katanya selepas merasmikan program Jalinan Rakyat Plus 2.0 peringkat BN Wilayah Persekutuan, hari ini.
Selain Titiwangsa dan Setiawangsa, 9 lagi kerusi Parlimen di Kuala Lumpur ialah Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.
Mengenai Jalinan Rakyat Plus 2.0, Tengku Adnan berkata, program itu adalah inisiatif BN menggerakkan jentera komponen untuk turun padang dalam usaha mendekati serta menyelami masalah rakyat.
“Melalui program ini, ia akan membentuk sistem kerja jentera parti yang lebih teratur dan jelas dalam mencapai sasaran kemenangan kita nanti,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi MyPPP, Tan Sri M Kayveas.
Related Posts :
Update [Video Tun M: PAS PARTI PENGACAU bertanding utk MENANGKAN Najib] Bersediakah Keadilan bersama Pakatan Harapan sepenuhnya atau “Berada di dalam dua kolam”? Jangan nanti Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! >> Berita Malay 18Selasa, 29 Ogos 2017
ANGGOTA KEADILAN HARUS PILIH MELALUI KONGRES KHAS
Persoalan mengenai bentuk kerjasama di antara KEADILAN dengan PAS … Read More...
Update [Video Gempar! Perwakilan PAS Selangor dakwa Dr Rani 'mesra' PAN? & PAS Mahu Rampas Kerusi Azmin Dan Wan Azizah] MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN: Tidak akan bekerjasama dengan PAS & Sedang merangka strategi untuk 'kemungkinan' menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU14. >> Berita Malay 18Selasa, 29 Ogos 2017
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama deng… Read More...
Update [Video Pesanan Masyarakat Cina Kepada Husam & Para Peniaga Pasir Puteh kecewa dengan Kerajaan Negeri Kelantan Pimpinan Pas Kini!] Kaji selidik - 8 negeri dapat ditawan jika parti pembangkang bergabung. >> Berita Malay 18Selasa, 29 Ogos 2017
Kaji selidik - 8 negeri dapat ditawan jika parti pembangkang bergabung
Kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) m… Read More...
Update [Video Panas! 'Kaki sakit tak apa tapi hati sakit penat beratur' & Tiket bola: Beli RM20, jual RM200!] Lagi Panas pro-PAS dan anti-PAS! Mesyuarat Biro Politik PKR, 'pertempuran' dijangka meletus >> Berita Malay 18Isnin, 28 Ogos 2017
Mesyuarat Biro Politik PKR, 'pertempuran' dijangka meletus
Biro politik PKR akan mengadakan mesyuarat mingguannya… Read More...
Update Sebenarnya KJ yang ARAHKAN Tiket Final TIDAK DIJUAL ONLINE, JACK MA mano? Penasihat 20% Mano? >> Berita Malay 18
SETIAP kali adanya perlawanan bola sepak berskala besar, isu yang pastinya timbul dan menjadi perbalahan netizen adalah penjualan tiket… Read More...