Pelakon popular Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mendedahkan dia kerugian RM50,000 selepas ditipu oleh seorang usahawan berpangkat Datuk tahun lalu.
Menurut laporan Astro Awani, Kata Che Ta, Datuk berkenaan juga pernah menipu urusan pengeluaran minyak wangi pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sebelum ini.
Akibatnya, janji manis itu terkubur apabila minyak wangi jenama Precious yang dijanjikan kepada Che Ta tidak dapat disiapkan.
"Tak sangka pula orang yang saya sangat percaya boleh menipu saya. Saya reda, tetapi saya percaya doa orang teraniaya akan dimakbulkan Allah.
"Orang suka menipu hidup tak akan tenang! Yang saya terkilan, dia boleh pula menukar kereta mewah baharu selepas lesapkan duit orang.
"Walaupun tak ada dokumen hitam putih tetapi saya masih menyimpan segala bukti pembayaran.
"Hilang sekelip mata RM50,000 Allah gantikan dengan rezeki lain pula," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Pakej Umrah bersama Cheta dan Zain Saidin di bawah sebuah syarikat agensi pelancongan di Kuala Lumpur semalam.
Selepas kejadian itu, Che Ta mengambil keputusan untuk menukar pengilang minyak wangi baharu.
Dalam pada itu, Che Ta bersama suami, Zain Saidin, dan anak, Aaisyah Dhia Rana, merancang untuk membawa 20 anggota keluarga ke Mekah pada Januari depan bersama agensi kembara berkenaan.
Program umrah bersamanya itu turut membuka penyertaan kepada peminat dan orang awam. - Astro Awani
Related Posts :
Update [Video Tony Pua KANTOI kan Hasan Arifin di Parlimen! Bekas pengerusi PAC mengaku padam perkataan dalam laporan 1MDB] Washing machine mana pun tak boleh cuci, kotoran degil seperti hg pa lah! 'Laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah DIPINDA'..Bukan masa saya, kata Hasan Arifin. >> Berita Malay 18Selasa, 30 Oktober 2018
Otai BERSIH
Washing machine mana pun tak boleh cuci, kotoran degil seperti hg pa lah!
Ttpi Parti Bunga ni lak nak … Read More...
Update [Video Masuk Bersatu? Kami ada maruah - Hishammuddin] PM ulangi lebih ramai 'jerung besar' bakal diheret ke mahkamah & Jgn lak bila jerung tu dah join Parti Bersatu terus jadi suci atok weii! >> Berita Malay 18Selasa, 30 Oktober 2018
Otai BERSIH
Jerung besar cuma Najib, Zahid, Irwan Serigar, Rosmah, Azeez Rahim. Ku Nan, Hishamuddin, Shahrir Sama… Read More...
Update PH TUTUP 34 KLINIK 1MALAYSIA: Ingatkan PH akan TUTUP Kilang Arak, Pusat Judi, Rumah Pelacuran >> Berita Malay 18
Ingatkan menteri PH ni sembang boleh tutup satu atau dua kilang arak, beratus-ratus pusat perjudian atau rumah pelacuran....
... tapi yg n… Read More...
Update Malaysia-Malaysia, sama rata, ketuanan melayu TELAH LAMA DIMATIKAN? >> Berita Malay 18
Malaysia-Malaysia. Sama rata sama rasa. Tiada keistimewaan Ketuanan Melayu lagi?
… Read More...
Update TAHNIAH MAHADHIR MUHAMMAD >> Berita Malay 18
ADALAH LEBIH BEBAS LAGI HARUM JIKA RCI MEMALI DAN FOREX DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN, TU BARU SEBENAR BEBAS !
Har… Read More...