Update DATUK, KALI INI BIAR SAYA TOLONG JAWAB.... >> Berita Malay 18

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kini merupakan Presiden Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal mempersoalkan kenapa hanya kementeriannya saja yang menjadi sasaran SPRM untuk disiasat?

Ada sesiapa tahu jawapannya?

Mungkin ada banyak jawapan kepada persoalan yang ditanyakan Shafie itu, tetapi saya barangkali boleh tolong beliau dengan memberikan beberapa sebab yang mungkin menjadi antara puncanya.
Pertama, sebab Datuk sekarang sudah keluar UMNO dan kemudian kuat menentang Najib Razak.

Cuba Datuk tidak keluar UMNO dan kalau pun daripada UMNO,  cuma duduk diam-diam atau umum mahu bersara saja, pasti tiada apa-apa fail yang akan terbuka sekarang ini.

Kedua, sebab UMNO Sabah sekarang makin tergugat dan mungkin tidak lagi menjadi deposit tetap bagi BN dalam pilihanraya akan datang. 

Jika UMNO Sabah kekal kuat dan tidak tergugat, barangkali dengan serangan melalui TV1 atau TV3 saja sudah memadai untuk menangkis segala ancaman yang datang.

Ketiga, sebab Parti Warisan Sabah dapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Sabah. 

Kalau setiap program anjuran Parti Warisan Sabah, hanya 10 atau 20 orang saja yang hadir, bukan ribu-ribu atau sehingga sesak khemah dengan hadirin yang memberi gambaran mereka mahu kepada perubahan, tidak mungkin penyelongkaran oleh SPRM tiba-tiba terjadi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: