KAJANG 29 Okt. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada seorang lelaki berpangkat ‘Datuk Seri’ untuk segera menyerah diri kepada polis ekoran tindakannya yang memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Ampang, dekat sini pada Jumaat lalu.
Kata Timbalan Perdana Menteri, individu tersebut masih belum ditangkap namun pihak polis mengetahui siapa dan di mana lokasi lelaki itu berada.
Menurutnya, sesiapa sahaja di negara ini tertakluk di bawah perundangan, dan gelaran atau pangkat bukan merupakan lesen untuk mengambil tindakan kekerasan terhadap orang lain terutamanya petugasberuniform.
“Kita mengetahui siapa dia dan di mana beliau berada, eloklah menyerah diri sebelum polis tangkap.
“Ini pengajaran kepada semua bahawa sesiapa yang mempunyai gelaran bukan bermakna undang-undang berada dalam tangan mereka,” kata beliau selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri Tahun 2017 di Maktab Penjara Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kejadian yang berlaku di sebuah Tokong di Kampung Baru Ampang, apabila lelaki berpangkat Datuk Seri itu berang kerana ditegur oleh anggota Rela yang meminta beliau mengalih kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan di tepi jalan kerana menghalang lalu lintas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, tiga anggota Rela, Melvin Cheong Mun Khai,19, Leong Jiun Jie, 21 dan Lee Weng Poh, 27 mengalami kecederaan akibat diserang oleh ‘Datuk Seri’ yang berusia 28 tahun itu.-UTUSAN ONLINE
Related Posts :
Update Tranformasi pendidikan negara melalui industri filem - Dr. Maszlee >> Berita Malay 18
Usaha mentranformasikan pendidikan negata diteruskan lagi Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik. Kali ini beliau berpeluang be… Read More...
Update [Video Kereta terbang kena 'troll', menteri tegur sikap rakyat Malaysia] Kerjasama UMNO-PAS untuk halalkan jenayah Najib – Dr Mahathir. >> Berita Malay 18Khamis, 7 Mac 2019
Kerjasama UMNO-PAS untuk halalkan jenayah Najib – Dr Mahathir
Gabungan PAS dan UMNO ini agak menarik kerana asas perp… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/03/update-video-hadi-pas-tak-bayar-clare.html">Update [Video Hadi Pas tak bayar Clare] "Saya tak bayar kat Clare tapi kat Americk" Kah kah kah BODO! >> Berita Malay 18Khamis, 7 Mac 2019
Saya tak bayar, Pas pun tak bayar, kata Presiden Pas, Hadi Awang
Bohong syarie kan. Jadi faham lah maksud tak bayar ke… Read More...
Update [Video Kerjasama NoPas-Usaha Kembalikan Najib Sebagai Pemimpin] 'NO to PAS' Penyatuan kosmetik, wayang dua buah parti yang sedang melingkup & PAS laung Islam 60 tahun, mana kuasa Islam? >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Calon Rantau saya] Anwar Ibrahim istihar aset kepada SPRM & Pemimpin BN dan PAS berani ke istihar harta? UMNO-PAS / MCA-MIC: Dasar bumi hangus. >> Berita Malay 18Khamis, 7 Mac 2019
Otai BERSIH
Dato Seri Anwar Ibrahim istihar aset kepada SPRM. Banyak jugak harta Dsai, lebih 10 juta.
Syabas! Berani ke… Read More...