Sungguh sinis sekali pelawaan untuk makan bersama daripada Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong. Dr Wee semalam telah mengajak Joseph Lim Guan Eng untuk menikmati juadah babi dan minuman beralkohol di Kuala Lumpur selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan cuba mengelirukan masyarakat Cina dengan menggambarkan seolah-olah hanya Pulau Pinang yang membenarkan pengambilan makanan dan minuman tersebut. Dr Wee berkata,
Marilah ke Kuala Lumpur. Kamu nak makan babi panggang? Saya boleh menempah 10 pinggan. Saya juga boleh menempah minuman alkohol dan kamu boleh minum sepuas-puasnya.
Dr Wee berkata, MCA secara proaktif membawa isu penganjuran festival beer untuk dibincangkan di peringkat Kabinet. MCA katanya akan membantah sekeras-kerasnya jika penganjuran festival beer dilarang atas faktor keagamaan. Beliau berkata, selepas mendengar laporan daripada polis yang menolak penganjurannya atas faktor keselamatan, kami berpendapat keadaannya boleh diterima.
Joseph Lim Guan Eng dilihat cuba menangguk di air yang keruh apabila menghentam Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengehentikan penganjuran festival beer di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, beliau berdiam diri apabila Kerajaan Selangor juga turut mengikut langkah yang sama dengan menghentikan penganjuran festival beer di Klang atas faktor keselamatan. Kalau Joseph Lim Guan Eng hendak menjadi jaguh, kenapa festival beer berkenaan tidak dianjurkan di Pulau Pinang, di Menara Komtar, misalnya?
Dr Wee bersama Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai senada menuding jari ke arah DAP berkenaan Islamisasi yang mengambil tempat. Presiden MCA sebelum ini berkata, kerjasama DAP dengan PAS dan seruan parti itu supaya pengundi Cina menyokong PAS sebelum ini telah memperluaskan pengaruh PAS.
Related Posts :
Update [Video Shafie Afdal-60% Harta Negara dijual kpd China Komunis & MCA-Gerakan melukut ditepi gantang] TAHNIAH, 'Bapa Jual Aset Negara'! Ada 900 'Fatimah Ismail' lahir hari sama dalam daftar pemilih, kata Dr Mahathir. >> Berita Malay 18Isnin, 15 Januari 2018
TAHNIAH "Bapa Jual Aset Negara", Dulu Milik Malaysia Sekarang Milik China.
CELAH GELEGAR - Blogspot
Ada 900 ‘Fa… Read More...
Update [Video SABAH Ubah! Konvoi Warisan GEMPUR KUBU KUAT UmnoBN & Album TURUN Najib TURUN] Politik serba mungkin di Melaka...Pas pula bersendirian dan semakin tidak realistik di Melaka. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Dr M-Saya belum terfikir Gombak lagi & Dr M-Tak boleh Kritik Pemerintah? Orang Felda 'Minta Nasihat' parti mana kah yang mahu dipangkah? Parti orang tua kah atau Parti PENYAMUN kah ataupun Parti celaru kah atau ke Parti Kah kah kah! HARAPAN hadkan PM 2 penggal aje. >> Berita Malay 18Isnin, 15 Januari 2018
ORANG FELDA MINTA NASIHAT
Minta kawan² Felda sama sama memberi nasihat dan panduan, parti mana yang mahu dipang… Read More...
Update [Video Pas bertanding bukan nak menang, nak bagi HARAPAN kalah & HARAPAN hadkan tempoh PM 2 penggal] AMANAH Perak buka ruang rundingan jika PKR mahu Lumut. >> Berita Malay 18Isnin, 15 Januari 2018
AMANAH Perak buka ruang rundingan jika PKR mahu Lumut
Ruang rundingan untuk PKR bertukar kerusi Parlimen Lumut … Read More...
Update [Video Umno hilang sokongan Melayu di Johor (kalau rakyat disusahkan, kerajaan pun akan susah)] Mustapa Berontak Terhadap Najib? >> Berita Malay 18Isnin, 15 Januari 2018
Cucu Tok Selampit - Blogspot
Mustapa Berontak Terhadap Najib?
A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْ… Read More...