Update DS @NajibRazak Bagi Rumah, @n_izzah Bagi Roti >> Berita Malay 18


Memang kelakar anak perempuan sulung Anwar Ibrahim ini. Setelah 4 tahun menghilangkan diri dari menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, hari ini beliau muncul untuk berkhidmat untuk Rakyat.

Bagaimana caranya? Dengan memberikan BR1M, Bantuan Roti 1 Malaysia. Hina sungguh pengundi di Lembah Pantai. Wakil Rakyat mereka hanya berikan satu buku roti? Perdana Menteri telah menghadiahkan penduduk di Lembah Pantai dengan rumah di Residensi Kerinchi.


Mungkin saya tidak berlaku adil dengan membandingkan Perdana Menteri dengan Ahli Parlimen. Juga tidak adil bagi saya untuk membandingkan sebuku roti dengan sebuah rumah. Oklah saya salah. 

Saya ambil contoh lain. Makanan dengan makanan. Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar telah membuka satu kedai makan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur dengan memberikan makanan tengah hari secara percuma kepada Rakyat Malaysia dari pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 3.00 petang, dari hari Isnin hingga Jumaat. 

Makanan percuma ini adalah untuk tempoh 3 tahun. Apalah sangat sebuku roti untuk pengundi-pengundi Lembah Pantai selama 5 tahun kan?


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :