

Anggota Eksekutif DAP Perak, Dyana Sofia Mohd Daud menempelak kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa DAP mempergunakan wanita muda Melayu seperti dirinya semata-mata untuk publisiti sedangkan mereka tidak mempunyai kelayakan.
Sambil melabelkan Annuar sebagai ‘cif pencacai’ kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, katanya, wanita muda dalam DAP sebenarnya cukup bijak untuk tidak menyokong mahupun membela kleptokrat, ketua penyamun dan ketua perompak 1MDB mahupun MARA.

“Annuar Musa yang sering menuduh parti lain memainkan isu ras, patut melihat ke dalam cermin.
“DAP sudah lama mempunyai wanita muda cuma Umno yang tidak tahu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dyana Sofia seterus memberi contoh kejayaan wanita muda dalam DAP, termasuk ADUN termuda di negara iaitu Liow Cai Tung yang memegang jawatan pada usia 27 tahun dan Hannah Yeoh yang dilantik sebagai speaker wanita pertama negara pada umur 34 tahun.
“(Semua ini) sesuatu yang Umno tidak dapat lakukan walaupun memegang tampuk kuasa selama 60 tahun.
“Umno masih lagi tersangkut di dalam politik ras kerana tidak nampak akan pencapaian wanita-wanita muda ini hanya kerana mereka bukan Melayu,” katanya.

Dyana Sofia juga menyelar Annuar yang menuduhnya tidak mempunyai kelayakan berbanding calon-calon wanita yang diketengahkan oleh Umno. “Annuar Musa mungkin merasakan pengalaman saya selama lima tahun dalam politik, dan kelayakan saya dengan ijazah Sarjana dari School of Oriental and African Studies, University of London dan ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UiTM, sebagai tidak cukup layak dan cukup pandai di mata beliau,” kata bekas calon Parlimen Teluk Intan itu dalam satu kenyataan.
Secara sinis, katanya, ahli DAP mungkin tidak cukup bijak sehingga mampu memecahkan berbotol-botol bir di pejabat SUK Selangor di Shah Alam minggu ini seperti pemimpin Umno.
Walaupun tidak menyebut nama, adalah jelas Dyana Sofia merujuk tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang pada 5 Oktober lalu, memecahkan beberapa peti minuman keras sebagai membantah sebarang penganjuran pesta arak di Selangor.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Bongkar! Ada agenda politik disebalik rusuhan kaum?] Persoal Rizab Tabung Haji menjadi NEGATIF, Rafizi ditahan, didakwa, dikeji secara berterusan dari kalangan penyokong spesis parti penipu & speisis parti mudah kena tipu! >> Berita Malay 18Ahad, 2 November 2018
Otai BERSIH
Memang sesuai 2 spesis parti politik ni ditakdirkan bekerjasama sebagai pembangkang. Satu spesis parti p… Read More...
Update [Video PREMIS HIBURAN Nak niaga sampai jam berapa?] Nak ke mana tu? Nak ke Himpunan AJAR MENTERI! Kah3. Insya-Allah Sarawak akan tukar kerajaan, kata Dr M. >> Berita Malay 18Ahad, 2 Disember 2018
Tumpang sekole.
Insya-Allah Sarawak akan tukar kerajaan, kata Dr M
Pilihan raya negeri di Sarawak yang akan diada… Read More...
Update (Pelancaran PPBM Tiada Sambutan) Tun M terpaksa Rasis kerana Rakyat sudah Tidak Percaya >> Berita Malay 18
Majlis pelancaran Bersatu Sarawak di Dewan Suarah, Bintulu hambar dan tiada sambutan.
… Read More...
Update Parti Bersatu memang rasis - Dr Mahathir >> Berita Malay 18
BINTULU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan parti rasis.
Namun, katanya… Read More...
Update Bayaran khas Tahun 2018 dibayar pada 18 Disember >> Berita Malay 18
PUTRAJAYA: Bayaran khas Tahun 2018 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Pelaks… Read More...