Tepat jam 3.30 petang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2018 di Parlimen, perancangan kewangan tahunan kesembilan pentadbirannya.
Memandangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, ramai yang percaya Bajet 2018 akan mempunyai pelbagai pengumuman menarik dan menggembirakan.
Semalam, Najib dilaporkan memberitahu belanjawan yang akan dibentang itu adalah bajet inklusif yang mengambil kira kepentingan rakyat dan semua lapisan masyarakat.
Menurutnya, selain memperkenalkan lebih banyak program untuk rakyat, termasuk yang belum dilaksanakan, beliau berkata, pembangkang juga akan mendapat bahagian yang saksama daripada bajet tersebut.
Turut tidak terkecuali menunggu "berita baik" adalah penjawat awam memandangkan mereka
sering dianggap sebagai penyokong tegar bagi Umno dan BN.
Ini lebih-lebih lagi dengan “kemunculan semula” bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan memimpin Pakatan Harapan untuk berdepan dengan BN pada PRU