Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), hari ini melancarkan Friends Of KPDNKK (FOK) Peringkat Negeri Pahang bertempat di Dewan Sri Mentakab, di sini.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia juga bertujuan menggalakkan penyertaan orang ramai yang juga pengguna untuk menjadi mata dan telinga KPDNKK untuk mengatasi aktiviti-aktiviti kurang sihat yang dijalankan oleh segelintir peniaga.
"Pahang adalah destinasi ke 11 dalam siri penjelajahan ke seluruh negara untuk memastikan pengguna sentiasa terbela dan dilindungi hak-hak mereka dari kegiatan kurang sihat oleh segelintir peniaga yang tamak.
"Kegiatan seperti menyorok barangan jualan, pencatutan, penyeludupan serta aktiviti-aktiviti lain bukan sahaja melanggar undang-undang malah merugikan pengguna serta menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
Hamzah berkata, majlis pelancaran ini dilaksanakan Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNKK, Sekretariat Hal Ehwal Pengguna Wanita Umno Negeri Pahang dengan kerjasama Skuad SMART Pengguna 1Malaysia yang bertujuan untuk memperkasakan suara pengguna.
Katanya, sehingga hari ini jumlah keanggotaan yang berdaftar sebagai ahli FOK ini adalah seramai 800,000 dan jumlah ini akan ditambah supaya suara pengguna akan dilindungi serta mempertahankan hak-hak pengguna.
Beliau berkata, Pahang berjaya memenuhi sasaran (KPI) dari segi keahlian FOK dengan mencatatkan seramai 45, 038 ahli.
Katanya, setiap kawasan Parlimen berjaya melepasi sasaran masing-masing dengan jumlah yang besar.
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/09/update-video-terlondeh-lagi-rosmah-ada.html">Update [Video TERLONDEH LAGI!~ "Rosmah Ada Kaitan pertemuan Najib dengan Trumph" & Kita rasa malu, Najib senyum saja] PM jumpa Trump: Kita rasa malu, Najib senyum saja. >> Berita Malay 18Khamis, 14 September 2017
PM jumpa Trump: Kita rasa malu, Najib senyum saja
Pertemuan antara perdana menteri Malaysia dengan Presi… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/09/update-video-pelaburan-atau.html">Update [Video PELABURAN ATAU PEMBAZIRAN!~"PH Mahu Penjelasan Pelaburan 20 Billion di Amerika"] Reagan 'belanja' Mahathir semasa ke Rumah Putih. >> Berita Malay 18Khamis, 14 September 2017
Reagan 'belanja' Mahathir semasa ke Rumah Putih
Di mata Tun Dr Mahathir, ada perbezaan ketara antara dua law… Read More...
Update TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TRAGEDI KEBAKARAN Netizen perlu hormati sensitiviti. Al Fatihah... >> Berita Malay 18Khamis, 14 September 2017
PELAJAR TAHFIZ MENINGGAL DUNIA DALAM KEBAKARAN: PEMUDA AMANAH RAKAM TAKZIAH
الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا … Read More...
Update NAJIB SIBUK BANTU KUKUHKAN EKONOMI AMERIKA, Rakyat Malaysia terus menanggung derita. >> Berita Malay 18Khamis, 14 September 2017
… Read More...
Update [PUSAT TAHFIZ TERBAKAR] MENTERI datang PAKAT tuding jari selepas tragedi, Patut Umum Bantuan >> Berita Malay 18
BILA dah berlaku sesuatu kejadian menyebabkan kehilangan nyawa yang ramai, engkau pun mula mencari salah orang. Macam-macam kenyataa… Read More...