Update Gagal Mencari Alasan Baru Untuk Tanah Runtuh Di Tanjong Bungah, Kolej TAR Menjadi Sasaran Rejim DAP Pulau Pinang >> Berita Malay 18

Senang betul tugas EXCO Negeri dan Dato Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melepaskan tanggungjawab dan menyalahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) kononnya JAS telah meluluskan dua projek berdekatan dengan kuari sebelum ini.

Apa yang berlaku adalah JAS meluluskan dua projek berkenaan kerana ianya berketinggian 5 tingkat dan 3 tingkat sahaja dan terletak di tanah rata dan tidak bercerun.

Sebaliknya, kejadian cerun runtuh di Tanjung Bungah melibatkan 50 tingkat pembinaan pangsapuri. EXCO Pulau Pinang mendakwa hanya satu agensi iaitu JAS yang menolak projek berkenaan sedangkan 20 agensi meluluskan.

20 agensi itu agensi apa? Kenapa tidak dijelaskan secara terperinci? Bukankah soal struktur tanah hanya agensi JAS sahaja berkuasa.

Rejim DAP Pulau Pinang menyalahkan kebenaran yang diberikan untuk membina Kolej TAR pada tahun 2008, jadi Rejim berkenaan beranggapan adalah tidak mengapa kebenaran diberikan untuk pembinaan 50 tingkat pangsapuri berkembar di tempat cerun runtuh berlaku.

Itu adalah alasan rasmi mengapa Rejim berkenaan tidak mengendahkan penolakan kelulusan oleh JAS. Pertama, adakah kelulusan JAS pada tahun 2008 boleh digunakan kembali untuk tahun 2015 tanpa perlu penilaian semula?

Kedua, lihatlah foto di bawah. Di mana Kolej TAR dan di mana lokasi kedudukan cerun runtuh di mana pembinaan pangsapuri berkembar 50 tingkat bakal dibina. Kita minta agar Dato Bandar sila letak jawatan bersama Pengarah Perancang Bandar. Mohon SPRM untuk turut masuk campur.



Kita tidak mahu Dato Bandar dan Pengarah Perancang Bandar bermuka tebal seperti Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng yang tidak mahu meletakkan jawatan walaupun terpalit dengan skandal-skandal di bawah:

1. Skandal Banglo di Jalan Pinhorn. Keputusan - Tidak letak jawatan.
2. Didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan dua pertuduhan rasuah dan kes berkenaan masih berjalan. Keputusan - Tidak letak jawatan.
3. Skandal kilang haram yang beroperasi 10 tahun di Sungei Lembu tanpa lesen yang melibatkan EXCO DAP. Keputusan - Tidak letak jawatan.
4. Skandal penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. Tidak letak jawatan.
5. Skandal pembayaran RM305 juta untuk kajian projek terowong bawah laut yang masih tidak siap. Keputusan - Tidak letak jawatan.
6. Jual tanah dan menggondol bukit di Pulau Pinang secara berluasa. Keputusan - Tidak letak jawatan.
7. Tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengakibatkan 11 kematian di mana Jabatan Alam Sekitar (DOE) menolak untuk meluluskan permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan oleh pemaju. Keputusan - Tidak letak jawatan.

Kenapa ini terjadi? Kerana Joseph Lim Guan Eng dikelilingi oleh penjilat-penjilat tegar seperti Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II dan EXCO-EXCO dan Rakyat Pulau Pinang yang buta mata dan buta hati.

Kalau tidak percaya, lihatlah bagaimana Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr menjilat Joseph Lim Guan Eng dengan mengatakan bahawa projek pangsapuri berkembar 50 tingkat di Tanjung Bungah dibina di atas tanah rata dan bukan di cerun bukit walaupun video dari The Star membuktikan sebaliknya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :