Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Hamidah Osman hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa menuduhnya sebagai ejen Umno.
Hamidah berkata walaupun tidak dinyatakan secara jelas, namun beliau percaya tuduhan itu dilemparkan terhadapnya terutama membabitkan habuan bernilai RM5 juta yang didakwa kononnya cuba disogokkan kepada Syed Saddiq.
Katanya tuduhan yang dibuat Syed Saddiq itu nyata tidak berasas dan sengaja dilakukan bagi meraih kepentingan politik
“Walaupun saya tak boleh jelaskan secara lanjut sepertimana dinasihatkan SPRM, namun saya berharap siasatan secepat mungkin dapat dibuat.
“Saya juga tidak pernah tahu mengenai wang RM5 juta itu tapi dalam kenyataan Syed Saddiq ia semacam ditujukan pada saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di pejabat SPRM Perak di Ipoh.
Semalam, Syed Saddiq menjelaskan ada cubaan daripada seseorang di luar Pakatan Harapan cuba menyogoknya dengan wang bernilai RM5 juta sekiranya meninggalkan PPBM selain mendakwa dijanjikan dengan peruntukan untuk membuka sekolah debat di seluruh negara.
Menjelas lanjut, Hamidah berkata laporan kepada SPRM dibuat bagi membolehkan satu siasatan secara telus dijalankan agar dapat membongkar perkara sebenar.
“Saya mahu membersihkan nama saya dan pada masa yang sama mahu perkara benar serta adil ditegakkan pihak SPRM,” katanya.
Related Posts :
Update [Video Penganiayaan Kpd Rakyat, ROS SENGAJA MELAMBATKAN Pendaftaran PH] Kerajaan zalim lengahkan pendaftaran HARAPAN. >> Berita Malay 18Rabu, 31 Januari 2018
Kerajaan zalim lengahkan pendaftaran HARAPAN
Sehingga hari ni masih belum ada sebarang jawapan rasmi daripada Jab… Read More...
Update [Video Mereka DISESATKAN OLEH PEMIMPIN & PEMBESAR mereka] Najib-'Sistem dah telus, tak ada peluang tipu undi'! Woi Najib KENAPA TIDAK DIBENARKAN SAJA KEHADIRAN PEMANTAU ANTARABANGSA? >> Berita Malay 18Rabu, 31 Januari 2018
'Sistem dah telus, tak ada peluang tipu undi'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sistem pengundian tel… Read More...
Update [Video NELAYAN Kuala Kedah SOUND Pas & Umno! Woit, kambing pun 'reti bahasa'] Do or die & Jangan sampai menggadai nyawa pasang bulan nak setinggi bulan sedangkan pemimpin hanya memerhati jauh dari dalam kereta mewah lagi dingin. >> Berita Malay 18Rabu, 31 Januari 2018
SELAMATKAN AKIDAH DAN WALA
Perkembangan dari masa ke semasa kalau ibarat main bola, hanya tinggal 10 minit sahaja… Read More...
Update [Video Ust Che Ibrahim-APA YANG RAKYAT NAK!] BN sedang berusaha patahkan semangat pengundi muda. >> Berita Malay 18Rabu, 30 Januari 2018
BN sedang berusaha patahkan semangat pengundi muda
Wujud usaha daripada pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) untu… Read More...
Update [Video Rakyat Menganggur Dan Menderita kerana Najib & Fuhhh, terbaik anak muda! TURUN NAJIB TURUN] RAKYAT TERJERAT DAN MEREMPAT KERANA GST! Betapa 'bangangnya' pemimpin UmnoBN memerintah hanya bergantung kpd pendapatan hasil negara daripada cukai GST. >> Berita Malay 18Rabu, 31 Januari 2018
Tindakan dua ahli parlimen Pas bekecuali dari mengundi dalam Dewan Rakyat hari ini telah menyelamatkan Belanjaw… Read More...