Update HIMPUNAN FASTAQIM 2.0 HANYA BERJAYA MEMBUKTIKAN PAS LEBIH BESAR BERBANDING AMANAH >> Berita Malay 18

Apakah kejayaan sebenar Pas di sebalik penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu yang berakhir malam semalam?

Itu adalah persoalan yang tentunya menjadi tanda tanya kebanyakan orang sebaik saja berakhirnya himpunan yang didakwa Pas dihadiri 200 ribu penyokong itu.

Apakah himpunan itu suatu isyarat bahawa Pas mampu menduduki Putrajaya, dapat merampas kembali Terengganu atau  mudah mengekalkan kuasanya Kelantan?

Yang mana satu atau ketiga-tiganya sekali?

Secara jujur, satu-satunya kejayaan perhimpunan itu bagi Pas ialah ia akhirnya dapat membuktikan partinya lebih besar berbanding Amanah. Itu saja, tiada kejayaan lain sebenarnya.

Tetapi perkara itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pernah disebut oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan sebelum ini bahawa keahlian Pas telah merosot sebanyak 20 peratus berikutan krisis kepimpinan sehingga tertubuhnya Amanah.

Bermakna, jika keahlian Pas ada sejuta, sejak tertubuhnya Amanah, ia kini hanya tinggal 800 ribu saja lagi. Ia masih lagi parti yang besar, tetapi kehilangan 20 peratus juga merupakan jumlah yang besar.

Bagaimanapun, dalam waktu yang sama Pas mungkin kehilangan lebih banyak penyokong atas pagar dan tidak berparti, lebih-lebih kerana kecondongannya kepada UMNO dan BN sejak kebelakangan ini.

Mereka yang selama ini mengundi Pas kerana inginkan pahala dan percaya perjuangan Islam Pas ialah untuk menentang kemungkaran, pasti berubah hati kerana keadaan parti itu kini umpama "pak haji kampung yang tiba-tiba sering minum-minum kopi dengan seseorang yang diketahui dan disebut ramai di kampung yang sama sebagai pencuri atau maling yang dikenali."

Pencuri atau maling tentu saja dipandang sedikit mulia apabila dapat berdampingan dengan pak haji, tetapi pak haji yang kerap berdampingan dengan pencuri atau maling, malah tidak kisah dengan kecurian yang banyak dirungutkan oleh orang kampung, dengan sendirinya telah tercemar imejnya dan jika menjadi imam, barangkali ramai yang akan beralih ke masjid atau surau lain untuk bersembahyang.

Hanya yang kekal menjadi makmum kepada pak haji berkenaan ialah anak-beranak dan saudara-maranya dekat saja, itu pun barangkali kerana sekali dua turut dibelanja minum oleh orang yang diketahui sebagai pencuri atau maling yang dikenali tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: