"Memandangkan kepimpinan MAB kini dalam krisis sedangkan pelan pemulihan diteruskan oleh sebab berbillion ringgit yang dilabur Khazanah ke dalam MAB adalah wang rakyat, maka Najib perlu memberi penjelasan kepada Parlimen.
Katanya, pengumuman CEO MAB, Peter Bellew bakal meninggalkan syarikat penerbangan negara cukup memeranjatkan dan lebih memeranjatkan adalah kenyataan itu dibuat oleh bekas majikan beliau RayanAir Holdings PLC.
"Apa yang lebih memeranjatkan ialah pada 27 September lalu, Peter dilaporkan gembira untuk terus berada di Malaysia dan usaha mengembalikan kegemilangan MAB adalah ‘kejayaan terbesar hidup saya’.
"Berhentinya Peter mewujudkan persepsi bahawa Pelan Pemulihan MAB bernilai RM6 bilion yang diumum Khazanah Nasional pada 2014 mungkin terkesan secara negatif, kerana beliau merupakan CEO ketiga yang meninggalkan MAB dalam masa dua tahun," katanya.
Fahmi mendakwa, tanda-tanda perbalahan pendapat antara Peter dengan pemegang saham MAB kelihatan jelas berdasarkan respons CEO terhadap pengumuman Najib di White House berkenaan pembelian kapal terbang Boeing berjumlah AS$ 10 bilion dalam tempoh lima tahun.
"Namun usaha Najib untuk membantu ekonomi Amerika mungkin menjadi penyebab Peter memilih untuk meninggalkan MAB.
"Seminggu selepas pengumuman Najib itu, media melaporkan Peter sebagai berkata kapal terbang itu tidak akan dimiliki MAB tetapi akan disewa. Ia merupakan norma mana-mana syarikat penerbangan moden. Ini bercanggah dengan pengumuman Najib," kataya
Tambahnya, perbezaan ini mengakibatkan pendirian Peter tidak disenangi sesetengah pihak.
"Apakah perbezaan ini juga telah mengakibatkan sekutu rapat Najib, Habibul Rahman Kadir Shah dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif MAB, sebagai satu cara memastikan kenyataan-kenyataan Bellew dapat dikawal?" solanya.