Update Jangan takut bercakap tentang Melayu, Islam >> Berita Malay 18

Perwakilan AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam menyeru supaya asas perlembagaan negara dipertahankan memandangkan hal tersebut adalah simbol dan inti kewujudan negara ini.
Katanya, AMANAH harus berjuang berdasarkan Rukun Negara serta berpegang pada prinsip kebenaran dan nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam Perlembagaan.
“Kita mahu perubahan isi bukan sekadar perubahan kulit. Jangan sampai musnah negara dan ummah.
“Jangan ekstrem kanan. Jangan ekstrem kiri. Jadi golongan wassatiyah bukan wassatiyah slogan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian, dalam perbahasan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional AMANAH 2017 di Alor Setar, Kedah hari ini.
Menurutnya, AMANAH Perak bimbang dengan ‘keganasan senyap’ terhadap simbol-simbol kewujudan sesebuah negara.
“Keghairahan kita hendak menguasai Putrajaya usah melupakan persoalan fundamental dalam masyarakat kita.
“Jangan cabut asas negara kita berasaskan demokrasi berparlimen dengan cara yang liberal dan progresif seperti layang-layang putus talinya.
“Nanti kita akan jadi bidak-bidak di papan catur yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran,” ujarnya.
Sehubungan itu, Naib Presiden AMANAH Perak berkenaan mengingatkan persoalan berkaitan Melayu, Islam, bahasa dan budaya sebagai citra negara ini.
“Sejarah Malaysia dibentuk harus difahami seluruh rakyat negara ini.
“Istilah Malaysia sudah mulai disebut sejak kurun ke-19 yang bermaksud ‘tanah bangsa Melayu’.
“Ini bukan soal rasis tapi fakta. Jangan takut apabila bercakap tentang Melayu dan Islam. Ini simbol-simbol terbinanya sebuah negara bangsa.
“Yang kita tentang (lawan) Melayu korup, assabiyah, perkauman. Tapi dalam kita berlawan, jangan sampai kaum ini mati,” ujarnya.
Dr Muhaimin selanjutnya berkata, Perlembagaan negara ini bersifat dinamik lantaran menggabungkan unsur-unsur tradisi dan moden dalam kerangka bernegara.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :