Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang meramalkan akan terbentuk kerjasama antara kedua-dua parti itu dari masa ke masa kerana mereka mempunyai DNA (asid desksiribonukleik) yang sama.
Beliau juga tidak bersetuju dengan pendapat Annuar yang berkata, PAS mempunyai DNA dan matlamat yang sama dengan Umno iaitu memperjuangkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

“Macam mana dia (Annuar Musa) boleh kata matlamat PAS dan Umno sama? Kalau sama, tak perlulah ada lagi Umno.
“PAS wujud kerana matlamat Umno tidak sama dan kami ingin menegakkan Islam secara lengkap dan bukan saja dalam bentuk ritual,” kata Idris yang dipetik
Sinar Harian, hari ini.
Menurut anggota Parlimen Bukit Gantang itu, Umno dan PAS ibarat ikan keli dan ikan sembilang yang kedua-duanya nampak sama tetapi sebenarnya berlainan.
“Mungkin mereka (Umno) ingat DNA sama tapi jangan perasanlah kerana PAS tak sama dengan parti lain," kata Idris dipetik
Sinar Harian.
Rabu lalu, Annuar berkata, jika dahulu PAS dilihat
mencari-cari perbezaan antara parti itu dengan Umno, namun di bawah pucuk kepimpinan PAS yang ada sekarang menunjukkan sedikit perubahan apabila mereka mula mencari titik kebersamaan itu.
Katanya, menjelang pilihan raya umum akan datang, beliau percaya akan ada pengumuman yang menggembirakan umat Islam dan kaum Melayu terutamanya atas kepentingan agama dan bangsa, memandangkan pucuk pimpinan kedua-dua parti dilihat mempunyai titik kebersamaan dan taawun.

Namun bagi Idris, perbezaan Umno dengan PAS masih menyerlah terutama berhubung peranan parti masing-masing menegakkan Islam.
Katanya, PAS secara lengkap menegakkan Islam buat seluruh rakyat di negara ini tetapi tidak pada perjuangan Umno.
“PAS memperjuangkan Islam di dunia dan akhirat malah parti ini juga turut berpolitik dengan cermat," kata Idris.
Justeru, katanya PAS akan terus istiqomah dalam perjuangannya dan tidak mempunyai sebarang bentuk kerjasama dengan Umno.
Malah, menurutnya PAS akan menentang Umno khususnya dalam PRU14.
Related Posts :
Update [Video Anakku Sazali & Hadi Sebagai PM?] 1MDB-MANA SATU BOHONG? Cikgu Azizan bebas, kes ditarik balik. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Bungkusss, Hancusss PRU14 Berakhirnya Sabah Talian Hayat UmnoBN] Pakatan menang PRU14 walaupun 3 penjuru. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Anak Fadzil Noor teruskan perjuangan politik dengan amanah ayah >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Pelakon terkenal, Farid Kamil jumpa Mahathir & Provokasi dari Pencuri, Perompak, Penyamun (Parlimen Najib)] Demokrasi di Malaysia hancur, negara diperintah pencuri dan penyamun. >> Berita Malay 18Selasa, 19 Disember 2017
YouTube
Demokrasi di Malaysia hancur, negara diperintah pencuri dan penyamun
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr … Read More...
Update [Video Ini Janji Bekas MB Kepada Rakyat KEDAH!] PELIK? Najib yang mahu dijatuhkan oleh Tun Mahathir, tapi Pas yang lebih gelabah dan susah hati. >> Berita Malay 18Selasa, 19 Disember 2017
APABILA ORANG PELIK KATA ORANG LAIN YANG PELIK...
Sejak Pas berpeluk mesra dengan UMNO, parti yang pernah ditud… Read More...