Di dalam Ucapan Kemuncak di Himpunan KleptokrasiAbahKau di Stadium MPPJ, Petaling Jaya, Sabtu lepas, Pengerusi yang juga 'Top Gun' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir telah mengesa Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk balik ke Bugis. Ucapan Tun Dr Mahathir Sabtu lalu jelas bukan sahaja menghina DS Najib Razak tetapi adalah melampau, biadap dan kurang ajar. Antara ucapan Tun itu ialah,
Mungkin kerana dia berasal dari lanun Bugis, entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia, pergi balik lah ke Bugis.
Inikah ucapan seorang yang dianggap sebagai Negarawan? Bagaimana ingin mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara dengan sikap sebegini? Pertama, tidak ada daerah mahupun kawasan di dunia yang bernama 'Bugis'. Bugis adalah nama keturunan. Untuk makluman Tun Dr Mahathir, ada juga Sultan dan Raja di Malaysia yang beketurunan Bugis. Dalam pada itu, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili telah mengesa pihak berkuasa untuk menahan Tun Dr Mahathir di bawah Akta Hasutan 1948, baca Malaysiakini, di sini.
Kedua, apakah sebabnya Tun Dr Mahathir mempunyai hak untuk menghalau mana-mana individu di dalam negara ini untuk pergi atau pulang ke mana-mana negara. Mungkin Tun Dr Mahathir mudah lupa. Tun Dr Mahathir sendiri susur galur bukan dari Malaysia. Sejarah membuktikan Tun Dr Mahathir dari Kerala, India. Adakah ini bermakna kami Rakyat Malaysia layak meminta Tun Dr Mahathir agar pulang ke India?
Ketiga, kalau ikut logik akal, orang asal di Malaysia hanyalah dari golongan kaum orang Asli dan Bumiputra di Sabah dan Sarawak. Kalau semua yang berasal dari tempat lain, diminta pulang ke negara masing-masing, hampir kosong Malaysia ini dibuatnya. Namun jangan dilupa, sejarah membuktikan bahawa suku bangsa Melayu adalah dari rumpun Nusantara iaitu daripada 'Gugusan Kepulauan Melayu' yang luas termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Brunei dan sebahagian Filipina. Oleh itu, kenyataan orang asal Malaysia adalah orang Asli dan Bumi Borneo adalah tidak tepat.
Di dalam tulisan Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin menulis kedatangan anak Raja Sang Saperba menjadi Raja ketika sudah ada kerajaan yang dipimpin oleh Demang Lebar Daun. Ini merupakan kontrak sosial yang pertama di alam Melayu, perjanjian di antara Raja dan Rakyat. Yang pasti, keturunan Bugis masih lagi di dalam susur galur Melayu tetapi tidak yang berasal dari Kerala.
Sebagai Mantan Perdana Menteri 22 tahun, adalah lebih baik Tun Dr Mahathir mencadangkan program-program ekonomi, visi dan wawasan untuk masa depan Malaysia yang dimajukan oleh semua kaum etnik dan bangsa, berganding bahu untuk memajukan negara tercinta untuk kebaikan semua. Ini tidak, ucapan beliau hanya maki hamun. Low class. Shame on you Tun.