Menurut laporan mStar Online, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu bahawa jika perlu pihak mereka melakukan penahanan, mereka akan laksanakannya tetapi buat masa ini, tiada sebarang tangkapan dibuat.
"Berikan masa secukupnya untuk kami menyiasat perkara ini.
"Kami sedang mengesan pihak bertanggungjawab, setakat yang saya tahu, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak membuat sebarang laporan (polis)," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan ibu pejabat polis KLIA di sini, Selasa.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan. - mStar Online