Update Lantang bela Rohingya tapi setengah juta anak Malaysia ‘merempat’, kata aktivis >> Berita Malay 18

Mereka yang keluar dari pusat jagaan kerajaan terpaksa mengharungi pelbagai masalah kerana tiada dokumen diri mengesahkan kerakyatan mereka.
khairul-perbak
PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan membidas sikap segelintir pihak termasuk kerajaan yang banyak bercakap mengenai penafian hak kewarganegaraan rakyat Rohingya di Myanmar, sebaliknya masih gagal menyelesaikan isu sama membabitkan lebih setengah juta di Malaysia yang diberikan status “anak tak sah taraf”.
Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) berkata kerajaan Malaysia sepatutnya serius dalam menyelesaikan nasib 500,000 itu, yang antaranya masih tiada status warganegara dan merempat di negara sendiri, sedangkan ia sibuk membantu rakyat negara asing.
Bulan lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata dalam 11 tahun sejak 2006 sehingga 30 Jun tahun ini, terdapat 543,363 anak dilahirkan dengan status “tidak sah taraf” di negara ini.
Status itu diberikan terhadap anak dilahirkan dalam perkahwinan yang tidak mengikut peraturan dan juga anak luar nikah untuk pasangan Islam. Status itu turut diberikan terhadap anak yang tidak diketahui identiti ibu bapanya.
“Sepatutnya kalau mereka ada tanggungjawab, mereka perlu bantu anak tidak sah taraf ini dulu. Ini tidak, kita sibuk dengan sebelah sana, yang depan mata tak bantu, dibiarkan merempat,” kata Presiden Perbak, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah kepada FMT.
Khairul berkata beliau bukannya tidak setuju rakyat Rohingya perlukan bantuan, sebaliknya mempersoalkan sikap mengabaikan rakyat sendiri.
Menurutnya, di pusat jagaan seliaannya sahaja, seramai 1,758 individu yang keluar dari pusat jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak mendapat status warganegara.
Beliau menyalahkan JKM yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan anak bekas jagaan jabatan itu hanya mendapat status pemastautin sementara dan kebanyakan mereka terpaksa “hidup merempat”.
“Mereka tidak boleh lepas begitu sahaja selepas umur 18 tahun. Di mana kebajikan yang dikatakan? Sepatutnya pihak JKM lebih cakna dan pastikan mereka ini tidak terumbang ambing,” kata Khairul.
“Mereka bukan mahu wang, tapi mereka hanya perlukan 3 sahaja. Pertama, identiti diri; kedua, pekerjaan dan ketiga, tempat tinggal sementara. Macam mana mereka nak berdikari sendiri kalau tiada status warganegara yang menyukarkan mereka cari pendapatan malah keselamatan juga terancam?” soalnya.
Melacur
Khairul mendakwa ada di kalangan mereka yang tidak mendapat status warganegara terpaksa melacurkan diri untuk menyara kehidupan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: