Update Lima agenda Bajet PH disokong MTEM walaupun sukar dilaksana >> Berita Malay 18

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyambut baik pembentangan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan (PH) kerana lima agenda utama melibatkan dasar percukaian progresif, gaji dan pekerjaan, pendidikan percuma, isu pesawah padi, pengilang dan pemborong serta pelaburan asing mendapat pengiktirafan daripada kepimpinan Pakatan Harapan.
Ketia Pegawai Eksekutifnya Ahmad Yazid Othman berkata, secara keseluruhannya, Bajet PH itu memberi harapan kepada rakyat namun, idea itu perlu diteliti dari segi pelaksanaan demi kesejahteraan segenap rakyat Malaysia.
“Dalam 10 intipati utamanya, cadangan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menghapuskan tol dan memulangkan semula subsidi petrol dilihat sebagai tidak realistik dari segi kewangan negara walaupun menarik di hati rakyat.
“Secara khususnya pentadbiran negara memerlukan kos yang tinggi dan dengan hanya mengharapkan penjimatan RM20 bilion melalui penghapusan rasuah, secara jelas dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana untuk menghapuskan rasuah itu sendiri memerlukan kos pentadbiran yang agak mencabar malah hasil penjimatan pula tidak dapat dikenal pasti secara jelas,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru MTEM telah membuat penelitian dan huraian berkaitan Bajet PH yang mana MTEM ujarnya, telah merumuskan beberapa perkara:
1) Dasar percukaian progresif
MTEM menyokong cadangan untuk mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada golongan 10 peratus terkaya (T10) — sekitar 690 ribu isi rumah — serta cadangan cukai tambahan 10 peratus bagi cukai warisan kerana ia selari dengan cadangan MTEM sebelum ini dalam usaha untuk mengatasi isu ketaksamaan.
Penghapusan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan memperkenalkan cukai mewah bagi golongan kaya turut disuarakan oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) dalam cadangan bajet mereka.
2) Gaji dan pekerjaan yang lebih baik
MTEM sebelum ini pernah menyuarakan saranan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 dalam bajet kali ini. Cadangan sistem pembayaran bersama dilihat menarik untuk tempoh tiga tahun ini dan bakal membantu majikan agar tidak terbeban dengan kadar gaji minima ini.
MTEM setuju dengan saranan PH untuk memperketatkan dasar kemasukan dan pengurusan pekerja asing. Bagaimanapun, pelaksanaan ini boleh dimanfaatkan oleh pelarian warga Rohingya yang sememangnya memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak berwajib.
3) Pendidikan percuma yang lebih baik
MTEM bersetuju dengan penekanan bagi sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kerana dengan adanya peruntukan khas seperti yang disyorkan oleh MTEM sebelum ini bakal memberi keberkesanan kepada sistem TVET selain membantu belia yang sedang melangkah ke alam pekerjaan.
4) Pesawah padi, pengilang dan pemborong
MTEM teruja PH mengiktiraf masalah pesawah padi melalui cadangan untuk mengembalikan semula fungsi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) selari dengan tuntutan MTEM.
Kami menyambut baik keinginan PH dalam melaksanakan stok simpanan (stockpile) nasional kerana ia mengambarkan keprihatinan dalam jaminan pemakanan negara.
5) Pelaburan asing
MTEM menyokong idea perkongsian pengetahuan dan pegangan ekuiti bersama untuk kepentingan negara yang strategik. MTEM percaya ia mempunyai manfaat kepada negara dan kawasan di mana projek itu bakal dijalankan.
MTEM percaya kerajaan sedia ada mempunyai data untuk mewajarkan kos projek dan usahasama dengan China tetapi beliau turut menegaskan agar kerajaan mengambil idea daripada Bajet PH sebagai penambahbaik yang berfaedah.
Menurut Ahmad Yazid lagi, cadangan PH supaya kaum Bumiputera dari golongan M40 dan B40 diajar untuk menabung dilihat bersifat perkauman kerana kaum Cina dan India juga berada dalam golongan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :