Tun Mahathir Mohamad dalam artikel terbarunya bertarikh 5 Oktober membuat beberapa penjelasan kenapa dia dan DAP kini menjadi kekasih yang intim.
Dulu dia mempersetankan DAP. Kini dia mendakwa berkawan dengan DAP kerana DAP sebenarnya bukan syaitan.
Tunku Abdul Rahman dilihat berbaik dengan DAP kerana dia menyokong Semangat 46 yang kebetulan berpakat dengan DAP. Dia menyokong S46 kerana usaha menubuhkan Umno Malaysia gagal.
Tetapi dia tidak memegang jawatan rasmi dalam Semangat 46 atau Barisan Alternatif. Dia tidak pun hadir dalam persidangan DAP atau muncul di pejabat DAP.

Sokongannya kepada Semangat 46 semata-mata untuk memulihkan Umno ke landasan asal menggantikan Umno yang diharamkan.
Mengenai Ustaz Hadi, kini dia sudah pun meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengalaman buruk ketika sama-sama berkongsi kuasa di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Bahkan dalam ucapannya di Muktamar PAS 2017, Ustaz Hadi mendakwa DAP tidak menghormati perlembagaan persekutuan termasuk dalam perkara Islam sebagai agama persekutuan, hak Istimewa orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu.
Tengku Razaleigh pula akhirnya membubarkan parti Semangat 46 dan kembali menyertai Umno setelah melihat perjuangannya bersama DAP adalah sia-sia.
Malaysian Malaysia
Sepatutnya Tun M melihat dari sudut pengalaman pahit kedua-dua pemimpin berkenaan bila berkawan dengan DAP.

Tun M menafikan dia mengkhianati orang Melayu semata-mata dia menjadikan DAP sebagai rakan untuk menjatuhkan Umno. Soalnya ialah, apakah DAP secara terbuka sudah menggugurkan perjuangan Malaysian Malaysia?
Bukankah matlamat dasar itu ialah menjadikan Malaysia sebagai negara republik yang menolak sistem raja berpelembagaan. Apa akan jadi kepada hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan kerana DAP memperjuangkan kesamarataan bukannya kesaksamaan seperti yang dipersetujui dalam sosial kontrak.
Tun M sewajarnya mendesak DAP supaya secara terbuka mengugurkan perjuangan Malaysian Malaysia.
Mahu jatuhkan Najib
Tun M mendakwa perjuangan politiknya menjadi sama dengan Lim Kit Siang kerana mereka sepakat mahu menjatuhkan Najib.
Itu alasan yang tidak relevan.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Bila dah kantoi, PAS paksa ahli jadi BISU! Saya tak tahu kalau presiden PAS nak saman menantu & 'Jangan berbaloh' Rumah Mahathir banyak makanan, ada yang hantar 1 tan dodol >> Berita Malay 18Selasa, 14 Mei 2019
KiniTV
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, rumahnya kini dipenuhi makanan susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH… Read More...
Update Rumah Mahathir banyak makanan, ada yang hantar 1 tan dodol >> Berita Malay 18Rumah Mahathir banyak makanan, ada yang hantar 1 tan dodol: Ini kata PM, susulan dasar melarang anggota jemaah menteri, timbalan serta setia… Read More...
Update Penjelasan berkenaan kekeliruan cuti Hari Raya Aidilfitri 2019 >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Masih terdapat kekeliruan berhubung tarikh cuti persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
//
Bagi negeri Johor, … Read More...
Update Najib & 5 DIKTATOR DUNIA - Diktator besar wooo..Jangan main2, bukan biasyer biasyer! Bila bab dedah nama kartel dedak DIA TAK RESTU? Wakil rakyat DAP sumbang lebih RM60,000 untuk program imarah masjid, surau [Video Adalah baik UMNO-PAS bentuk kerajaan campuran - Dr Zakir Naik] >> Berita Malay 18Selasa, 14 Mei 2019
KiniTV
Pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik menyarankan agar kerajaan campuran UMNO dan PAS memberi banyak kebaikan … Read More...
Update MP pembangkang perlu isytihar harta! Ada berani ka, Umno, Pas, GPS, PBS? 6 sebab DAP menang besar di Sandakan [Video Empat disyaki rancang serang rumah ibadat di Lembah Klang] >> Berita Malay 18Selasa, 14 Mei 2019
Apa reaksi pemimpin2 pembangkang spt UMNO & PAS terhadap saranan Tun M supaya Ahli Parlimen pembangkang juga perlu… Read More...