Update Mat Taib: Azmin gagal jaga Melayu, PPBM nafsu kuat >> Berita Malay 18

Bekas MB Selangor yang menyertai semula Umno itu berkata PPBM hanya 'kuat bergendang'.
Muhammad-Taib-Azmin-Ali-rakyat-melayuSHAH ALAM: Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini mengkritik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sambil mendakwa pemimpin PKR itu gagal membela nasib bangsa Melayu.
Muhammad atau Mat Taib yang menyertai semula Umno 2 minggu lepas, berkata nasib orang Melayu secara khususnya tidak diberi perhatian penuh oleh Azmin.
“Bagaimana beliau boleh digambarkan sebagai pemimpin hebat negeri? adakah dengan hanya memberikan bas percuma,” katanya kepada wartawan, merujuk perkhidmatan bas “Selangorku” ditaja kerajaan negeri.
“Apa yang Azmin kecapi pada hari ini adalah atas apa yang pemimpin Umno Selangor lakukan. Jika bina rumah, Azmin boleh diibaratkan sebagai membina cermin sahaja,” katanya di sidang media di rumahnya.
Mat Taib berkata sejak pemerintahannya lagi, Selangor sudah menyumbang sepertiga keluaran dalam negara kasar (KDNK).
“Selangor, Pulau Pinang dan Johor memang merupakan negeri yang semenangnya menyumbangkan kepada KDNK negara, tetapi jangan gunakan perkara ini sebagai kredit untuk diri sendiri,” katanya.
Mat Taib juga menolak dakwaan beberapa pihak yang berkata sidang medianya pada 17 September asalnya mahu turut mengumumkan penyertaan beberapa Adun PKR dan PAS ke dalam Umno.
“Yang saya tahu, hanya saya yang hendak masuk balik ke dalam Umno. Saya tidak ada masuk hendak bawa sesiapa,” katanya mengenai sidang media yang turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: