Update Melayu tetap terajui kuasa politik di Malaysia >> Berita Malay 18


 Ada penganalisa politik yang membuat analisa kononnya undi Melayu berpecah kepada lima (5) parti iaitu Umno,Pas,PKR, AMANAH dan PPBM.
Analisa ini begitu mudah dipapar oleh media arus perdana terutamanya yang dikuasai oleh parti Umno yang sentiasa meniupkan sentimen untuk menakutkan orang Melayu dengan momokan kononnya Melayu akan hilang kuasa politik di Malaysia dan analisa’haprak’ yang dibuat ini langsung tidak mencerminkan realiti politik kuasa sebenar serta tidak bertanggungjawab.
Melayu tetap terajui kuasa politik di MalaysiaApabila wujudnya banyak parti politik Melayu, maka kita akan lihat orang Melayu ‘mempunyai pilihan’ untuk menyertai parti yang dilihat sesuai dengan jiwanya.
Terdapat pemikir ‘politik kuno’ bersuara kononnya inilah perpecahan,tetapi mereka gagal melihat dengan mata hati sendiri bagaimana pemimpin parti-parti politik pembangkang Melayu memainkan peranan besar dengan membawa pendekatan strategi politik penyatuan suara kuasa dalam pakatan besar (grand coalotioan) bersama parti yang berbilang kaum.
Ini adalah kebijaksanaan pemimpin politik pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) dalam usaha bagi memastikan peralihan kuasa kerajaan dari Umno-BN kepada PH tidak membimbangkan orang Melayu serta rakyat keseluruhan.
Tiada kawasan yang majorati pengundi Melayu di tandingi calon bukan Melayu dari PH.Jadi bagaimana mungkin kerusi parlimen Melayu akan berkurangan.
Begitu juga halnya dengan kerusi pengundi campuran berbilang kaum di mana ianya akan ditandingi oleh calon Melayu dari PH.Sedangkan senario sedemikan tidak pernah berlaku dalam Umno-BN dimana kerusi yang majorati dan campuran diserahkan kepada calon bukan Melayu dari kompenen Barisan Nasional.
Realiti politik dalam pilihan raya umum ke-14 nanti akan menyaksikan pertandingan dua pakatan besar iaitu PH dan BN.
Adapun pakatan Gagasan Sejahtera dilihat sebagai pakatan terpencil dalam PRU ke-14 akan datang.Ini kerana Pas yang menerajui Gagasan Sejahtera menyasarkan dan berkeyakinan sekadar untuk menang 40 kerusi Dewan Rakyat sahaja, walaupun Pas akan bertanding lebih dari 100 kerusi tetapi sasaran untuk kemenangan hanya 40 kerusi Dewan Rakyat sahaja. Mana mungkin hanya dengan 40 kerusi di Dewan Rakyat Pas mampu membentuk kerajaan baru mengantikan Umno-BN.
Maka hari ini rata-rata rakyat melihat Gagasan Sejahtera sebagai pakatan terpencil serta hilang keyakinan yang akhirnya akan membuatkan rakyat Malaysia khususnya pengundi tidak akan memberi undi kepada parti yang tidak bercita-cita pada realitinya serta kesungguhan untuk mengambil alih pemerintahan dari Umno-BN yang sudah busuk dengan pelbagai skandal.
Oleh demikian, sudah tentu pilihan rakyat khususnya pengundi Melayu akan nampak bahawa pertandingan sebenar pada PRU ke-14 nanti adalah antara PH dan BN serta undi akan terarah kepada PH setelah rakyat merasai bebanan kehidupan harian dibawah kerajaan Umno-Bn.
Ini akan membuktikan bahawa orang Melayu tidak berpecah dan akan terus menerajui kuasa politik baru dalam negara Malaysia serta *menafikan analisa ‘haprak’ oleh pemikir politik kuno.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: