Tulisan 'Self-Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan,Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam posting blog terbarunya, chedet.cc, baca di sini, mengingatkan kita dengan pendapat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen DAP PJ Utara, Tony Pua pada forum berbahasa Mandarin bertajuk 'Menganalisis Bajet 2017' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, pada 24/10/2016.
Berdasarkan kepada tulisan Tun Dr Mahathir para 6. hingga 9., Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan pemberian hasil Kerajaan dikembalikan kepada Rakyat yang disifatkan oleh beliau sebagai penyelewengan dana Kerajaan untuk mendapatkan populariti untuk DS Najib Tun Razak.
Pertama, Tun Dr Mahathir menyalahkan BR1M yang diberikan kepada Rakyat menyebabkan Kerajaan kehilangan RM7 billion ringgit atau lebih setiap tahun. Pemberian bantuan kepada nelayan sebnayak RM300, menaja JKKK untuk mengerjakan Haji juga tidak dipersetujui oleh beliau.
Kedua, Tun Dr Mahathir menyalahkan emolumen kakitangan kerajaan terlalu tinggi sehingga 25% dan sekiranya pembangkang menang tidak mustahil emolumen berkenaan akan dikurangkan menjadi lebih rendah.
Tun Dr Mahathir juga turut meletakkan kesalahan kepada jumlah kakitangan Kerajaan sekarang yang terlalu banyak iaitu peningkatan hampir 100% daripada zaman pemerintahan beliau pada tahun 1980an. Oleh itu, kemungkinan kakitangan awam akan dikurangkan sehingga 50% kalau pembangkang menang, mungkin akan menjadi kenyataan.
Ketiga, Tun Dr Mahathir juga tidak bersetuju dengan keniakan gaji minima daripada RM700 kepada RM1,200, yang bagi beliau akan meningkatkan gaji kakitagan di peringkat yang lebih tinggi.
'Serangan' yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir kebanyakannya terhadap kakitangan awam senada dengan ucapan Tony Pua yang juga Ketua Publisiti DAP yang menyarankan kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan kakitangan awam.
Tony Pua berkata demikian ketika mengulas cadangan mengurangkan lambakan penjawat awam, apabila 36% daripada keseluruhan Bajet 2017 diperuntukkan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan. Tony Pua turut mengelarkan kakitangan awam sebagai 'berat mati' yang perlu anda tanggung.
Apakah apabila Pakatan Harapan berkuasa kelak, kita akan melihat satu pengurangan besar-besaran ke atas jumlah kakitangan awam?