Update Najib tiru bajet negeri Pakatan Harapan untuk meraih undi >> Berita Malay 18


Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada Jumaat lalu, umpama ‘copy-paste’ apa yang telah dicanang-canangkan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini kata, Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Zahar Zainul.
Menurut beliau lagi PH telah begitu lama memperjuangkan untuk menghapuskan tol, namun begitu Najib yang juga menteri kewangan hanya mampu untuk mengakui penghapusan tol di lima lokasi sahaja.
“Selama ini kita dalam PH telah berulang kali menyatakan bahawa tiada lagi kutipan tol sekiranya dapat memerintah Putrajaya.
Najib tiru bajet negeri Pakatan Harapan“Tapi Najib hanya mampu untuk menghapuskan hanya lima lokasi sahaja, sebaliknya rakyat tetap juga perlu membayar tol dibawah pemerintahan kerajaan sekiranya mereka menang sekali lagi.
Beliau juga berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam sebanyak dua kali membuktikan kerajaan yang diterajui oleh Najib sudah tidak lagi mempunyai surplus atau lebihan sepertimana yang ada pada kerajaan PH.
“Pemberian bonus kepada penjawat awam terpaksa dibuat sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan Aidilfitri 2018 amat jauh bezanya dengan pentadbiran kerajaan PH di Selangor dan Pulau Pinang.
“Jika di Pulau Pinang kita telah pun mampu membayar bonus pada bulan Disember dan tidak perlu membuat pembayaran sebanyak dua kali.
“Ini adalah kerana kita mempunyai wang lebihan yang mampu untuk digunakan bagi manfaat pelbagai golongan dalam negeri ini.
“Kerajaan negeri juga telah membelanjakan sejumlah RM412 juta bagi pelbagai program kebajikan rakyat sebagai bukti kemampuan mentadbir dan membela rakyat negeri ini, ” ujarnya lagi.
Zahar yang juga merupakan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri berkata, pemberian sebanyak RM200 untuk anak emas yang dilahirkan di negeri ini telah pun dilaksanakan sebelum pengumuman bajet 2018 oleh Najib.
“Pemberian RM200 bagi program ADAM (Amanah Dana Anak Malaysia) seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri telah pun dilaksanakan lebih awal di Pulau Pinang dari apa yang hendak dilaksanakan oleh BN.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :