Update Nik Abduh usahlah mabuk >> Berita Malay 18

Mabuk ada macam-macam, selain mabuk hakiki ada mabuk majazi. Adinda Nik Abduh Nik Abdul Aziz sudah mabuk cinta dengan pembenci Pakatan agaknya, maka semua yang disuka oleh kekasihnya itulah yang dimadahkan dan setiap sesuatu yang yang dibenci kekasihnya itulah yang dipenakan.
Adat mabuk cinta begitulah adanya. Orang mabuk cinta memang begitu, katanya kurang difahami. Hanya kekasihnya sahaja yang mengetahui apa yang diungkapkan namun bagi pendengar lain kata-katanya hanyalah bebelan yang layak dikatakan ‘meraban’ aja (baca meghaban, dialek Melaka)
Contohnya adinda mengatakan AMANAH anti reformis dalam masyarakat sedangkan AMANAH diasaskan dan ‘meninggal’ PAS kerana kejumudan PAS. Kejumudan adalah sifat bertentangan dengan ciri reformis.Tiada yang lebih jumud daripada parti yang telah berjaya merobohkan tembok perkauman berpuluhan tahun, tiba-tiba generasi adinda kembali membinanya semula.

Dalam ungkapan adinda tersirat hanya PAS sahaja yang boleh mereformasi masyarakat lantas AMANAH gopoh dan mengganggu usaha ini.
'Takabur eksklusif dan parti suci'
Orang mabuk tak sedar apa yang diungkapkan, dalam kata adinda sendiri sudah ada sifat ‘takabur eksklusif’ iaitu perasaan bangga dia sahaja yang buat baik, orang lain tidak. Meminjam kata-kata Sdr Hanipa Mydin, ‘parti suci’, ingatkah adinda lagi pada Hanipa?Tup,tup, orang lain pula jadi sasaran. IKRAM ‘duri dalam daging gerakan Islam’. Jika benar cinta itu buta, butakah mata adinda?

IKRAM atas apa kelemahannya telah melahirkan institusi pendidikan berkualiti, para profesional dan ulamak serta produk ahlinya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Bagaimana duri dalam daging begitu berjaya?
Mungkin ‘gerakan Islam’ yang tidak ada masalah ialah yang melahirkan golongan takfiri, maki hamun saudara se Islam, halalkan darah yang tidak setuju dengannya atau yang ala-ala ISIS. Saya maafkan adinda kerana dalam lamunan adinda penilaian agak lemah, al maklum sajalah.
Adinda Nik Abduh ada sebut tentang ‘Fiqh al waqie Al Malayzi’ dengan sinis. Apa yang sinisnya kalau para ulamak silam telah menjelaskan bahawa keadaan sesuatu tempat dan masanya menentukan sesuatu hukum.
Selamat daripada kleptokrasi
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :