BACHOK: Seorang bekas model dan pelakon sambilan ditahan dalam keadaan berbogel dan khayal akibat pil kuda, di kediamannya di Kampung Gunong, di sini.
Wanita terbabit yang juga ibu tunggal ditahan dalam serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok, jam 1 pagi tadi.
Difahamkan, wanita berusia 32 tahun tinggal sendirian di rumah berkenaan selain mengaku menagih pil kuda sejak berusia 18 tahun.
Ketua Pegawai AADK Bachok, Rusdi Yusof, berkata wanita terbabit antara 30 individu yang ditahan menerusi serbuan dilakukan sejak 11 malam sehingga 1 pagi tadi di beberapa lokasi.
"Bekas model itu juga mengaku pernah menagih syabu ketika bekerja sebagai model di Kuala Lumpur dulu," katanya.
Rusdi berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 46 tahun, dipercayai tokan dadah, yang juga antara suspek dikehendaki polis Kelantan.
"Hasil ujian air kencing mendapati 20 daripada tangkapan, positif dadah.
"Mereka ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983," katanya. - Berita Harian Online
Related Posts :
Update PH tumbang di Johor, istana umum gabungan baru >> Berita Malay 18PH tumbang di Johor, istana umum gabungan baru: Gabungan baru akan menggantikan pentadbiran Pakatan Harapan di Johor, kata setiausaha sulit … Read More...
Update PH tak bincang pasal Dr M, kata Anwar >> Berita Malay 18PH tak bincang pasal Dr M, kata Anwar: Tetapi apa sahaja boleh berlaku, kata presiden PKR.
… Read More...
Update PM interim bikin kalut dah nyanyok kot... >> Berita Malay 18
1. Sebagai Perdana Menteri interim, Tun tidak layak sama sekali untuk menentukan bagaimana PM ke-8 dipilih dari kalangan mereka yang pun… Read More...
Update PH Johor sanggah 'gabungan baru', dakwa masih majoriti >> Berita Malay 18PH Johor sanggah 'gabungan baru', dakwa masih majoriti: Seramai 28 orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor tampil menyatakan sokongan … Read More...
Update TINDAKAN TUN M DEMI KEPENTINGAN POLITIK—YAKIN YDP AGONG ANGKAT KEPENTINGAN RAKYAT, KELUHURAN PERLEMBAGAAN >> Berita Malay 18
… Read More...